Sunday 23 December 2012

Senyum Kambing Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Biar pun saya ada menyimpan sebilangan kecil stok pisau dan multitools baru, saya sebenarnya lebih suka pengunjung Pisaubelantara membuat keputusan sendiri dalam pemilihan alat yang dikehendaki. Alasan yang mudah supaya anda faham kenapa saya berbuat demikian, "Tangan saya gemuk" dan saya langsung tidak tahu manahu saiz tangan anda. Jika anda mampu untuk membuka iklan Mudah dan baca blog saya sudah tentu anda juga mampu untuk melihat dan mendengar review pisau yang anda ingini di Youtube. Bila review yang dibuat negatif, jangan terus reject pisau yang diingini. Hayati dan fahami apa yang dikomen oleh individu berkenaan. Kadang-kadang ujian ke atas pisau amatlah keterlaluan sehinggakan mustahil untuk berlaku kepada si pemakai. Jangan tergopoh-gapah dan nilailah setiap review yang ada dengan bijak.
Perlu diingat biar pun anda telah membeli/mempunyai pisau paling mahal, paling tahan dan paling hebat dari Pisaubelantara bukanlah bermaksud anda boleh lanyak, tetak ikut suka dan bermacam-macam lagi. Perasaan sayang perlu ada pada setiap pisau yang anda beli biar pun ia hanyalah pisau sekupang/seposen cuma. Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, bila pisau yang dibeli berharga setengah bulan gaji pada masa itu (Kerja part time kat KFC Sungai Petani - kadang-kadang RM280/sebulan) sumbing. Bila segalanya ditetak, termasuklah batu dan besi, pisau saya yang hebat tadi terus jadi pisau paling lawak dalam hutan.

Dalam keadaan letih dan menyesal serta ada rasa sedih sikit sebab sepatutnya saya beli kasut sukan NIKE AIR sambil mengasah kembali bilah pisau yang sumbing, saya terfikir sejenak serta tersenyum kambing. "Dalam kehidupan setiap orang ada dungunya, cuma tak tahu bila ianya akan terserlah"...hahahah
Sehingga post ini ditulis, 3 pisau kesayangan saya telah menjadi korban akibat kedegilan serta kejahilan yang melampau.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaublantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...