Thursday 21 February 2013

Esee Junglas Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Ada beberapa pisau dan multitool tiba minggu ini tetapi masih ada banyak lagi yang sedang ditunggu-tunggu. Diharap anda semua janganlah bergundah-gulana. Berdoalah agar barang yang ditempah selamat dalam perjalanan dan sampai ke tangan saya, seterusnya ke tangan anda. Peralatan perlu sampai ke tangan saya dulu untuk memastikan ianya sampai dalam keadaan yang baik dan yang paling penting ORIGINAL. Cuba anda ulang "ORIGINAL".
Saya sebenarnya mahu semua pengunjung/peminat Pisaubelantara tahu dan mengakui kesemua pisau yang dijual di sini adalah ORIGINAL. Saya juga mahu anda semua tahu Pisaubelantara bukan kaki klentong dan bukan kaki ranjau benar-benar wujud dan bukan main-main.
Suka saya menyembunyikan identiti pembeli kerana ia adalah sesuatu yang privasi, cukuplah setakat anda semua tahu pisau atau alat berkenaan  pernah sampai ke tangan gemuk saya. Cuma nama-nama yang dipilih biasanya menerangkan siapa dia yang sebenarnya. Cuba anda fikirkan sejenak siapakah Datuk Undang dan siapakah gerangannya Datuk Bond.

BERITA BAIK 1!
Ada beberapa bilah pisau yang mungkin telah tersalah hantar oleh kawan baik saya Mat Salleh dari USA dan saya akan jual kesemuanya dengan harga yang lebih rendah. Hubungilah saya jika anda benar-benar berminat tetapi jikalau tak minat tengoklah saja orang lain beli.

BERITA BAIK 2!
Mungkin minggu depan saya akan mula memasarkan pisau buatan pandai besi tempatan. Pandai besi pertama yang menghubungi saya datangnya dari jauh oo.. Johor. Kita tunggu minggu depan.

Tahun lepas ada seorang peminat pisau Junglas, tetapi agak risau serta ragu-ragu dengan Pisaubelantara dan seterusnya tiada tempahan dibuat. Sengaja saya nak layur, Junglas kontraktor Muda dah sampai. Hari ini atau esok, berjumpalah kami di Coffee House.
Sengaja ambil depan laptop ada facebook Pisaubelantara.

Penyelesaian kepada masalah bila saya cuba bantu semua orang mendapatkan pisau yang diingini:
1) Beli alat guna duit saya, bila dah sampai, Penempah cancel. -  Semua urusan saya ambil deposit penuh atau besar.
2) Bila guna poslaju, pembeli tiada dirumah. - saya minta lagi RM6~RM10 untuk pos kali kedua.
3) Alat yang sampai, salah model - Saya jual murah-murah.
4)  Penempah risau dan ragu-ragu - Sila email saya apa patut saya buat.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

4 comments:

  1. Akum bro pisau rambo 1 hingga 4 ada original punya boleh dpt tak bro.

    ReplyDelete
  2. Akum bro pisau rambo 1 hingga 4 ada original punya boleh dpt tak bro.

    ReplyDelete
  3. Hanya original saja yer bro jika made in china aya tak nak,yg ori sahaja terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesemua pisau rambo yg ada dipasaran sekarang adalah buatan china. Jika ada buatan USA saya jangkakan mungkin semasa awal pengeluaran nya zaman cerita rambo first blood tengah top kat wayang. Pisau rambo bukanlah pisau yg lasak. Ia hanyalah pisau hiasan dan kelihatan hebat dipegang rambo. Kalau sesiapa ada pisau rambo made in.USA. Jangan jual/bagi dekat kawan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...