Monday 21 May 2012

Apakah Kod Kekerasan Bilah Pisau Anda?

Salam dan selamat sejahtera,

Anda mungkin tertanya kod-kod yg mungkin diukir pada pangkal pisau yang dimiliki.
Sebagai contoh : 420HC pada pisau Leatherman dan Buck. Sebenarnya ia menunjukkan kekerasan bilah berkenaan berdasarkan suatu skala yang dipakai. Di bawah ini anda semua boleh guna sebagai rujukan di manakah kedudukan pisau yang anda miliki.

Siri kekerasan 400
Siri 400 masih lagi menjadi salah satu pilihan yang paling popular untuk pembuat pisau kerana ia mudah untuk diasah dan tahan karat.

410 adalah logam yang dikeraskan, merupakan keluli kromium tahan karat yang menggabungkan rintangan haus yang hebat dengan ketahanan karat yang sangat baik.

416 lebih mirip kepada 410 dengan penambahan bahan sulfur untuk memudahkan ia dimesin.

420 mempunyai karbon yang lebih daripada 410, tetapi kurang dari 440. Oleh itu ia lebih lembut dari 440, tetapi mempunyai kekuatan yang lebih tinggi berbanding 410.

420HC mempunyai kandungan karbon yang lebih tinggi dari 420 dan tahan karat. HC menunjukkan jumlah karbon yang tinggi dan ia mempunyai kekerasan yang lebih tinggi melebihi 420. Anda boleh lihat kebanyakan pisau Buck dan Leatherman menggunakan 420HC.

420J2 merupakan keluli yang murah tetapi mempunyai ketahanan karat yang tinggi. Walaupun pengeluar pisau biasanya menggunakan bahan ini dalam pisau bajet rendah tetapi ianya juga digunakan pada pisau menyelam kerana ketahanan karat yang tinggi.

440A adalah keluli pada kos rendah dan sangat tahan karat.

440B adalah hampir sama 440A, tetapi mempunyai kandungan karbon lebih tinggi berbanding dengan 440A.

440C dikategorikan keluli tahan karat hi-end. Ia sangat tahan karat dan merupakan salah satu daripada aloi tahan karat yang paling biasa digunakan untuk membuat pisau. 440C mempunyai kandungan karbon tertinggi dalam 440 kumpulan.

 Maaf, tangan model agak gemuk.
Disebalik semua penerangan yang saya sediakan di atas, anda semua perlu fikirkan situasi ini.
Hanya ada satu pisau ditangan, mangsa (makanan) anda berada di hadapan, adakah anda akan berhenti sejenak untuk melihat kod kekerasan pisau anda dan bertanyakan pula apakah kod kekerasan mangsa? :p
Nota penting dari pisaubelantara:
Belilah pisau yang original supaya kekerasan pisau anda bagai dikata pada pangkal bilah.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~


Friday 18 May 2012

Slingshot Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

  RM25
Siang tadi jalan-jalan kat TESCO Sungai Petani Selatan, bila balik jumpa satu kedai outdoor. Beli seunit senjata kampung untuk simpan. Adakah sesuai guna kat taman? Heheh....kalau berminat saya boleh tunjuk kedai mana.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"  
~pisaubelantara~

SOG Paratool Dah Sampai Sungai Petani

RM400
Salam dan selamat sejahtera. Sebenarnya SOG Paratool ini terdapat dalam 2 warna, cerah dan hitam. Terima kasih kerana sabar menunggu dan berterusan menyokong pisaubelantara.

 



Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"  
~pisaubelantara~

Damascus Tanto Pakistan - Pemburu Malam

Salam dan selamat sejahtera,



RM250
Masih ingat lagi intro Damascus Tanto dari Pakistan? Semalam dah sampai, hari ini dibuka dari kotak untuk bergambar. Cantik sungguh pisau ni. Pisau ini sudah ada pemilik, iaitu seorang pemburu malam dari Terengganu. Selamat memburu sahabat!

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"
~pisaubelantara~

Reply dari Pemburu Malam:
Tanto Damascus dah terima .Handsome, segak dan bergaya. Hiasan Gold nampak exclusive..tajam,.. sikit berat dan panjang.Sesuai ikut cita rasa dan kegunaan saya.  Komen, tajam sesuai buat sembelih tapi kurang sesuai wat melapah...no blem kalu potong pokok2 saiz sederhana..handle boleh ikat paracord..Sheath..ada ciri keselamatan..leather xdapat kenalpasti..tahan air atau tidak..keseluruhannya kegunaan pisau ini lebih cenderung kepada Survival Gear.Keistimewaannya Gabungan Tradisional, Bayonet, Tanto, Damascus dan klasik.Sayang pulak nak wat masuk hutan..TQ Pisaubelantara kerana berkongsi minat.

Wednesday 9 May 2012

Gerber Recon Task Flashlight

Salam dan selamat sejahtera,

Selain dari minat pisau yang bukan-bukan cantik dan berkualiti, saya juga minat lampu suluh. Asal ke mana-mana saja pasaraya, pasti singgah sebentar untuk melihat model-model lampu suluh yang dijual. Kali ini untuk peminat-peminat aktiviti outdoor - Gerber Recon Task Flashlight. Harga RM180 termasuk pos.
Apa dia boleh buat? Lampu ini ada:
1) Cahaya putih - Kegunaan biasa
2) Cahaya hijau - Membaca peta
3) Cahaya merah - Pengelihatan malam
4) Cahaya biru - Mengenal pasti cecair (Darah)

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"  

~pisaubelantara~

Tramontina Brazil

Salam dan selamat sejahtera,
Kepada sahabat dari Kedah yang bertanya, panjang keseluruhan pisau besar 11 inci manakala pisau kecil 9 inci. Kesemua pisau adalah baru dan belum digunakan.



Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Monday 7 May 2012

SOG Paratool Hitam

Salam dan selamat sejahtera,

Dua minggu lagi, insyaallah akan sampai satu unit SOG Paratool hitam. Special order ini diterima dari seorang sahabat yang sangat-sangat-sangat meminati multitool. Kemana saja pergi, sahabat ini sentiasa lengkap dengan peralatan seperti leatherman Supertool 300 (Dibeli dari pisaubelantara), pisau lipat, slingbag askar dan macam2 lagi. Kenapa SOG Paratool hitam? Menurut kata beliau, multitool model ini dipakai oleh unit khas Israel. Semoga sahabat saya sabar menanti. Harga RM400.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Saturday 5 May 2012

Khukri Dari Gurkha

Salam dan selamat sejahtera,


 Ada special order dari sahabat yang pernah memesan Kanetsune tempohari. Inilah Khukri buatan Nepal.
Panjang bilah 5 inci. Pemegang tanduk rusa. Harga RM280.
Terima kasih atas sokongan anda kepada pisaubelantara.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"


~pisaubelantara~

Damascus Tanto Dari Pakistan

Salam dan selamat sejahtera,

Insyaallah, ikut pengalaman yang sudah-sudah, 2 minggu lagi akan sampai special order seorang sahabat, pemburu malam. Pisau ini sangat sesuai untuk sesiapa yang gemar aktiviti outdoor. Damascus Tanto buatan Pakistan. Harga RM250.
12 1/4 inci (31.1cm) panjang keseluruhan.
6 5/8 inci (16.8cm) panjang bilah.
1/4 inci (0.6cm) tebal bilah.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"  

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...