Monday 21 May 2012

Apakah Kod Kekerasan Bilah Pisau Anda?

Salam dan selamat sejahtera,

Anda mungkin tertanya kod-kod yg mungkin diukir pada pangkal pisau yang dimiliki.
Sebagai contoh : 420HC pada pisau Leatherman dan Buck. Sebenarnya ia menunjukkan kekerasan bilah berkenaan berdasarkan suatu skala yang dipakai. Di bawah ini anda semua boleh guna sebagai rujukan di manakah kedudukan pisau yang anda miliki.

Siri kekerasan 400
Siri 400 masih lagi menjadi salah satu pilihan yang paling popular untuk pembuat pisau kerana ia mudah untuk diasah dan tahan karat.

410 adalah logam yang dikeraskan, merupakan keluli kromium tahan karat yang menggabungkan rintangan haus yang hebat dengan ketahanan karat yang sangat baik.

416 lebih mirip kepada 410 dengan penambahan bahan sulfur untuk memudahkan ia dimesin.

420 mempunyai karbon yang lebih daripada 410, tetapi kurang dari 440. Oleh itu ia lebih lembut dari 440, tetapi mempunyai kekuatan yang lebih tinggi berbanding 410.

420HC mempunyai kandungan karbon yang lebih tinggi dari 420 dan tahan karat. HC menunjukkan jumlah karbon yang tinggi dan ia mempunyai kekerasan yang lebih tinggi melebihi 420. Anda boleh lihat kebanyakan pisau Buck dan Leatherman menggunakan 420HC.

420J2 merupakan keluli yang murah tetapi mempunyai ketahanan karat yang tinggi. Walaupun pengeluar pisau biasanya menggunakan bahan ini dalam pisau bajet rendah tetapi ianya juga digunakan pada pisau menyelam kerana ketahanan karat yang tinggi.

440A adalah keluli pada kos rendah dan sangat tahan karat.

440B adalah hampir sama 440A, tetapi mempunyai kandungan karbon lebih tinggi berbanding dengan 440A.

440C dikategorikan keluli tahan karat hi-end. Ia sangat tahan karat dan merupakan salah satu daripada aloi tahan karat yang paling biasa digunakan untuk membuat pisau. 440C mempunyai kandungan karbon tertinggi dalam 440 kumpulan.

 Maaf, tangan model agak gemuk.
Disebalik semua penerangan yang saya sediakan di atas, anda semua perlu fikirkan situasi ini.
Hanya ada satu pisau ditangan, mangsa (makanan) anda berada di hadapan, adakah anda akan berhenti sejenak untuk melihat kod kekerasan pisau anda dan bertanyakan pula apakah kod kekerasan mangsa? :p
Nota penting dari pisaubelantara:
Belilah pisau yang original supaya kekerasan pisau anda bagai dikata pada pangkal bilah.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...