Wednesday 31 October 2012

Buck Paklite Skinner Large Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Nampaknya satu pisau lapah yang nak saya tayang perkenalkan kepada anda semua datang selepas Hari Raya Haji. Pisau lapah kali ini tidak berhulu/handle sama seperti ESEE Izula pada pos yang lepas. Pisau ini nipis, ringan dan mudah dibawa lebih-lebih lagi jika pemiliknya kurus ingin membawa barangan seminima yang mungkin.
Buck Paklite Skinner Large RM190

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday 30 October 2012

ESEE Izula akan tiba ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Entah kali ke berapa saya asyik melayari website:
http://www.jungletraining.com/index2.htm .
Kursus ikhtiar hidup kelolaan Randall's Adventure and Training (RAT) ini agak menarik kerana ia mengajar peserta berikhtiar untuk hidup jika tersesat/kekurangan makanan di dalam hutan.
Bukan setakat itu sahaja, setiap perserta juga akan dihadiahkan sebilah pisau jenama ESEE apabila tamat kursus.
Dua tahun lepas saya ada terbaca di Malaysia pun ada kursus yang hampir sama tapi malangnya website berkenaan mengalami masalah server.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rekreasi&pg=rk_02.htm
Minggu lepas, kawan-kawan saya seramai 13 orang kesemuanya pergi memanjat bukit/gunung tanpa sebarang tujuan untuk menikmati permandangan menarik di sana. Akan tetapi aktiviti yang mereka lakukan bukanlah seperti yang saya harapkan. Makanan yang dibawa terlalu mewah sehinggakan boleh berkelah sehingga kenyang nasi beriani ayam di dalam hutan. Tiada sebarang ilmu ikhtiar hidup yang dipelajari semasa di sana sedangkan mereka telah mengupah seorang pakar (Askar) sebagai penunjuk arah/jalan.
Bila saya tanya/syorkan tentang ilmu ikhtiar hidup, masing-masing berpandangan sesama sendiri dan setuju untuk memasukkan agenda berkenaan pada aktiviti akan datang.
Cuba anda fikir jika penunjuk arah mereka hilang atau jatuh sakit. Boleh anda bayangkan kesusahan mereka semasa di sana?
Akan datang pisau outdoor ESEE Izula + kit

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Thursday 25 October 2012

Marttiini Skinner Raya Haji Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Wahai pengunjung Pisaubelantara yang tinggal berdekatan, pisau lapah Marttiini tinggal lagi sebilah. Harga RM220. Masih ada masa untuk beli dan ambil sendiri untuk bergaya di pagi raya esok hari.
Marttiini Skinner berperut besar


Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Saturday 20 October 2012

Pemilihan Pisau 2 Ontario RAT 1

Salam dan selamat sejahtera,
Apakah tujuan anda membawa pisau bersama ke dalam hutan? Brand/Jenama, tujuan, saiz,bentuk, jenis bilah dan kegunaan haruslah diutamakan. Menceroboh Meneroka hutan tanpa sebarang peralatan  bantuan bukanlah satu langkah yang bijak. Banyak perkara dan keadaan yang akan anda tempuhi sepanjang perjalanan dan jika anda seorang diri, pisau merupakan teman yang terbaik dan dipercayai. Menetak ranting, menebas semak, membelah dan memotong kayu semuanya diikuti begitu juga menetak batu. Batu merupakan musuh utama kepada pisau dan jika anda kurang berhati-hati teman anda mungkin akan sumbing atau melepek atau bengkok atau patah.
Sahabat-sahabatku sekalian, bilah pisau patah kerana rapuh. Rapuh bukanlah lemah seperti keropok tetapi kuat dan keras seperti batu.
Laman rumah sewa saya di Ipoh telah penuhi "pokok herba" setinggi paras pinggang. Oleh kerana "musim menuai" telah tiba, pada tengahari semasa waktu rehat saya terus ke kedai hardware membeli sebilah sabit. Pada petang harinya selepas waktu bekerja terus tergesa-gesa pulang ke rumah untuk memulakan kerja dengan sabit yang baru dibeli. Sepuluh kali cantas, bilah sabit bukan setakat melepek tetapi berubah bentuk menjadi huruf S.
Kerja "menuai" belum pun masuk peringkat suku tetapi sabit yang baru dibeli awal-awal lagi telah menunjukkan ianya tidak boleh diharap dan dipercayai. Mahukah anda membawa/ditemani pisau yang mempunyai sikap sebegini?
Minggu ini sebilah pisau lipat Ontario RAT 1 telah sampai. Pisau lipat ini memang hensem dan bergaya.

Ontario RAT 1: Harga RM230 termasuk pos
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Sunday 14 October 2012

Tomahawk Datang Ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

 Peluru berpandu Tomahawk
Perhatian kepada semua pengunjung Pisaubelantara, sesungguhnya bukan ini yang dinantikan tiba di Sungai Petani tetapi yang datang hanyalah SOG Tomahawk. Kapak ini bukan saja boleh digunakan seperti kapak biasa tetapi ianya juga boleh dibaling ke arah sasaran/makanan.
SOG Tomahawk - Boleh dibaling pada sasaran

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday 10 October 2012

Marttiini Skinner Ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Tak lama lagi tiba Hari Raya Haji. Ramai pengunjung Pisaubelantara sering bertanyakan pisau lapah yang akan dicanang diperkenalkan oleh Pisaubelantara. Akan datang ke Pisaubelantara Marttiini Skinner, pisau lapah dari Sweden.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Cold Steel GI Tanto ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Akan datang ke Pisaubelantara pisau Cold Steel GI Tanto. Bilah dibentuk dari campuran logam 1055 yang keras dan kuat. Bahagian pemegang diikat menggunakan skrew memudahkan pemilik membuka (Simpan skru di tempat yang selamat) seterusnya menukarkan keadaan pisau menjadi tombak ikan, kapak, pisau pengait petai dan lain-lain lagi mengikut kehebatan keperluan seorang pemburu.
 Cold Steel GI Tanto RM280 RM240

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...