Sunday 18 November 2012

Peralatan Outdoor Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Aktiviti outdoor sepatutnya menjadi seronok dan mudah jika setiap peralatan yang dibawa sesuai dan benar-benar membantu anda. Peralatan apa yang anda bawa bersama? Adakah cukup dengan hanya membawa sebilah pisau paling mahal terkenal dipasaran?
Jika hanya ada sebilah pisau sahaja di tangan, anda perlu ilmu batin survival yang cukup (Maksimum), tenaga empat kerat dan masa. Untuk ilmu survival dan tenaga, saya yakin anda akan paksa diri supaya boleh melakukannya tapi masalah besar yang akan anda hadapi ialah masa, ia sentiasa meninggalkan anda semasa susah dan senang di dalam pisaubelantara belantara. Di dalam hutan belantara keadaan cerah tidaklah sama seperti cerah matahari di halaman rumah anda. Kalau hari sudah petang, anda masih lagi terhegeh-hegeh memotong kayu untuk siapkan khemah dan sebagainya, saya percaya waktu malam anda akan jadi lebih panjang dari hari-hari sebelumnya. Ilmu survival seperti menghidupkan api tanpa mancis, pemetik api, fire starter dan lain-lain anda perlu tahu tetapi ia hanya akan berguna bila keadaan terdesak. Bayangkan diri anda dalam keadaan letih memotong kayu menyiapkan segala-galanya, tapi maggi dalam plastik dan air dalam cerek/periuk sedang menunggu anda menghidupkan api di tengah hujan lebat pulak tu.
Bawalah peralatan yang lengkap supaya anda mudah melaksanakan apa jua /aktiviti/kerja semasa di dalam hutan. Selain dari khemah, pisau besar/parang dan kecil, gergaji, pemetik api, dapur outdoor, periuk dan sebagainya merupakan antara peralatan penting untuk di bawa bersama.
Minggu ini ESEE Izula with kit telah sampai ke Sungai Petani.

 Tangan gemuk

ESEE Hitam: Harga RM360
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...