Showing posts with label Buck. Show all posts
Showing posts with label Buck. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

Buck Paklite Hunter Field di Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,
Satu set RM450
Asalnya Datuk Kalinga berkenan membeli sebilah yang paling besar sahaja iaitu Paklite Large Skinner. Mungkin semasa melayari internet tiba-tiba beliau melihat satu set lengkap peralatan melapah ini. Terus beliau menghubungi Pisaubelantara untuk menukar tempahan.


 Pisau melapah besar, kecil dan gut hook
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday, 26 February 2013

Dinner Bersama Pisau Ambiak Kulim

Salam dan selamat sejahtera,
Kali ini nak cerita perihal geng Kulim Ambiak yang terdiri dari 7 orang kesemuanya termasuk adik ketua. Berkenal mesra antara saya dengan ahli-ahli bukanlah secara serentak, tetapi tindakan bijak ketua sentiasa memperkenalkan ahli-ahli baru dalam setiap perjumpaan patut dipuji. Dalam kumpulan kecil, saya mempunyai ruang masa yang baik membantu setiap ahli mendapatkan pisau yang diingini tanpa terlepas pandang.
Setakat ini mereka telah memesan:
1) 2 unit Leatherman Wave - Gentleman & Machoman
2) 1 unit Leatherman Sidekicks - Gentleman
3) 1 unit Leatherman Charge TTi - Raja Laut
4) 2 unit Zippo pattern (Ukir nama) - Gentleman dan adik
5) 2 unit beg Zippo - Gentleman dan adik
6) 1 unit Cold Steel Pendleton Lite - Machoman
7) 1 unit Buck 119 Cocobolo - Raja Laut
Zippo milik Gentleman

 
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Thursday, 21 February 2013

BUCK Woodsman 102 Cocobolo Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Kebanyakan pisau-pisau yang dipilih oleh Datuk Kuning agak bergaya/stylo. Kali ini pisau yang dipilih BUCK 102 atau Woodsman. Saiz pisau ini kecil dan bila dipegang/dibawa ada perasaan seronok dan bangga seperti membawa sebilah keris. Harga RM380
 Kecil, macam bawa sebilah keris - RM380
 Sejengkal tangan gemuk
 Memang cantik Buck 102 berhulukan Cocobolo
Buck Woodsman/102 RM380
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday, 19 February 2013

Pisau BUCK Woodsman Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Sewaktu sedang meeting bersama orang-orang kaya (Boss - Memang kaya idea). Positif Syukor, positif Syukor, tiba-tiba dapat MMS dari sekretari cun-melecun saya - "Ada dua pisau hari ini dan jangan lupa pula carikan durian selori". Durian tu nanti saya suruh peon usahakan. Dan MMS pisau itu rupanya sebegini.

 Kamera apa yang dia pakai..lawanya pisau ni ...BUCK Woodsman - Milik Datuk Kuning

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday, 6 February 2013

Percayalah Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,
Pada mulanya saya tertanya-tanya kenapa ramai peminat/pengunjung menyepikan diri setelah saya reply SMS meminta deposit penuh untuk pembelian pisau yang diingini. Setelah mendapat info dari beberapa peminat Pisaubelantara tentang cerita-cerita buruk seperti beberapa kali kena tipu oleh penjual yang lain, barulah saya tahu keadaan sebenarnya.
Bagaimana dan apa lagi yang perlu saya buat/tawarkan untuk menambah kepercayaan serta  keyakinan anda bahawa urusan untuk mendapatkan pisau yang anda cita-citakan memang wujud di Pisaubelantara? Adakah cukup untuk saya menghantar SMS:
" Jika saya gagal mendapatkan pisau anda, RMXXXX (Bayaran penuh) akan dikembalikan"
kepada anda setelah pembayaran dibuat? Anda boleh simpan SMS ini sebagai bukti sebab nombor telefon yang memang didaftarkan atas nama saya.
Baru-baru ini Datuk Kuning membeli lagi multitool Leatherman Fuse berwarna oren.
Leatherman Fuse Oren RM220 (Tanpa head light)
Dan akan tiba tak lama lagi pisau tetap Buck Woodsman handle cocobolo.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday, 31 October 2012

Buck Paklite Skinner Large Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Nampaknya satu pisau lapah yang nak saya tayang perkenalkan kepada anda semua datang selepas Hari Raya Haji. Pisau lapah kali ini tidak berhulu/handle sama seperti ESEE Izula pada pos yang lepas. Pisau ini nipis, ringan dan mudah dibawa lebih-lebih lagi jika pemiliknya kurus ingin membawa barangan seminima yang mungkin.
Buck Paklite Skinner Large RM190

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday, 7 August 2012

Kapak Toklang Buck Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Selamat berbuka puasa. Tak berapa hari lagi dah nak raya ni. Jadi kali ini saya bawakan kepada sahabat-sahabat semua kapak Buck untuk melaram, tayang kat ketua kampung dibawa ke dalam hutan atau hujung kampung mencari buluh meriam lemang.
Kapak ini baru, belum diasah (Tak tajam). Harga RM170 termasuk pos.

Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday, 25 July 2012

BUCK dan ESEE 5 Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,


 BUCK Gen 5 Skinner RM360
Mmmm... kali ini Surge saya lambat sampai dari biasa. Tapi ESEE 5 kedua telah sampai. Begitu juga Pisau lapah BUCK Gen 5 Skinner milik Abang Gomen.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...