Wednesday 6 February 2013

Percayalah Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,
Pada mulanya saya tertanya-tanya kenapa ramai peminat/pengunjung menyepikan diri setelah saya reply SMS meminta deposit penuh untuk pembelian pisau yang diingini. Setelah mendapat info dari beberapa peminat Pisaubelantara tentang cerita-cerita buruk seperti beberapa kali kena tipu oleh penjual yang lain, barulah saya tahu keadaan sebenarnya.
Bagaimana dan apa lagi yang perlu saya buat/tawarkan untuk menambah kepercayaan serta  keyakinan anda bahawa urusan untuk mendapatkan pisau yang anda cita-citakan memang wujud di Pisaubelantara? Adakah cukup untuk saya menghantar SMS:
" Jika saya gagal mendapatkan pisau anda, RMXXXX (Bayaran penuh) akan dikembalikan"
kepada anda setelah pembayaran dibuat? Anda boleh simpan SMS ini sebagai bukti sebab nombor telefon yang memang didaftarkan atas nama saya.
Baru-baru ini Datuk Kuning membeli lagi multitool Leatherman Fuse berwarna oren.
Leatherman Fuse Oren RM220 (Tanpa head light)
Dan akan tiba tak lama lagi pisau tetap Buck Woodsman handle cocobolo.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...