Wednesday 25 July 2012

BUCK dan ESEE 5 Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,


 BUCK Gen 5 Skinner RM360
Mmmm... kali ini Surge saya lambat sampai dari biasa. Tapi ESEE 5 kedua telah sampai. Begitu juga Pisau lapah BUCK Gen 5 Skinner milik Abang Gomen.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Friday 20 July 2012

Selamat Berpuasa dari Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera, 

Selamat bersahur, selamat berpuasa dan selamat bercuti buat sahabat semua walau di mana saja anda berada.

~pisaubelantara~

Leatherman Squirt PS4 Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

Squirt PS4 Harga RM140
 Seorang sahabat dengan seronoknya beritahu saya dekat SLL Ipoh ada jual multitool Leatherman. Jadi semakin bertambahlah pengguna dan peminat Leatherman sekitar Ipoh dan yang berhampiran dengannya. Sahabat saya ini sangat berminat dengan multitool dan pisau jenama Leatherman.
 Minggu ini multitool milik beliau telah sampai dan minggu depan akan terus dijadikan sebagai EDC (Everyday carry). Beliau memilih Leatherman Squirt PS4 berwarna hitam.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Monday 16 July 2012

ESEE 5 sudah sampai Sungai Petani (Updated)

Salam dan selamat sejahtera,

Kad RAT (Randall's Adventure & Training)
Besarnya pisau! RM860
Terima berita gembira dari luar negeri iaitu dari Sungai Petani, Kedah (Sekarang ni saya kat Ipoh) ESEE 5 sudah sampai. Baru tadi staff kesayangan saya hantar MMS. Mohon maaf untuk beberapa orang sahabat yang tinggal sekitar Ipoh, pisau ini milik Datuk Undang dari Kedah.


Lambang RAT pada bilah (Randall's Adventure & Training)
Kalian semua tidak berpeluang melihatnya secara live di Ipoh. Hujung minggu ini, ESEE 5 akan sampai ke tangan Datuk Undang.
Ada sahabat komen: Mana sarung? Tudia sarung ESEE 5.
Tebal tahap golok besar (Golok cekah buah durian)
 Jangan memandang rendah pada ketebalan bilah pisau ini, kerana semasa test atas kuku, langsung tak bergerak (Belajar dari Kencana Buri).

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Sunday 15 July 2012

Leatherman MUT ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,


 Datang bersama molle sheath dan tool tambahan
Petang hari tu jumpa Datuk Undang dekat coffee house kedai kopi kampung untuk serah Leatherman MUT. Model ini cantik dan maju design nya. Memang sesuailah dengan Datuk Undang sebab beliau boleh menggunakan alat ini seperti yang sepatutnya. Lainlah saya, yang ada cuma lastik/terebay/catapult saja.

Sebesar-besar Leatherman MUT besar lagi tangan gemuk
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Saturday 14 July 2012

Ketibaan Extrema Ratio 185 Rao ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

Setelah melalui perjalanan yang jauh dari Italy serta menempuhi pelbagai rintangan termasuklah onak dan duri akhirnya, Pisaubelantara mengumumkan ketibaan Extrema Ratio 185 RAO (Ricognizione ed Acquisizione Obiettivi) ke Sungai Petani. Pisau ini datang bersama pengasah khas dan beg nilon tahan lasak. Beg nilon ini mampu menyimpan pisau dalam keadaan terlipat atau terbuka. Pisau ini milik Datuk Undang.
Oleh kerana esok Datuk Undang becadang hendak membuka/mencabut pagar lama jadi Datuk Undang memerlukan multitool yang lebih besar dan lasak. Datuk Undang memilih Leatherman Super Tool 300 untuk ditonyoh dilanyak digunakan awal pagi Sabtu. Kebetulan saya memang ada bawa multitool baru berkenaan yang datang bersama flashlight Monarch 400 (RM350). Saya harap ketiga-tiga tool berkenaan akan sentiasa berjasa dan membantu Datuk Undang dalam kehidupan seharian. Warranty 25 years, bro!
Terima kasih tak terhingga kerana sentiasa menyokong Pisaubelantara!

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday 3 July 2012

Flashlight / Toslet di Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Saya beli lagi flashlight! Bukan nak jadi hantu toslet/flashlight tetapi sedang menguji kecerahan bagai dikata. Pernahkah sahabat  mencuba flashlight berkecerahan 1000 lumens? Bagaimana dengan nilai lumens lebih besar lagi? Sehingga kini saya telah mencuba kecerahan 100, 200, 300, 400 dan 1000 lumens.
Yang mana paling hebat? Sudah tentu yang paling cerah iaitu 1000 lumens. Kecerahan 1000 lumens adalah melebihi kecerahan lampu kalimantang di rumah anda. Jika rumah anda mengalami gangguan elektrik, suluh saja pada siling rumah. Pantulan kecerahan pada siling rumah anda akan menyebabkan bilik berkenaan menjadi hampir secerah lampu kalimantang dipasang.
Jika sahabat sedang mencari flashlight yang terbaik carilah nilai lumens yang paling tinggi dan sesuai dengan kemampuan anda.

Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

SOG Powerassist B66 ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

Akan sampai ke Sungai Petani, SOG Powerassist B66. Multitool ini mempunya 15 peralatan. Milik Datuk Undang. Kalau sahabat berminat saya order lain.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...