Tuesday 3 July 2012

Flashlight / Toslet di Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Saya beli lagi flashlight! Bukan nak jadi hantu toslet/flashlight tetapi sedang menguji kecerahan bagai dikata. Pernahkah sahabat  mencuba flashlight berkecerahan 1000 lumens? Bagaimana dengan nilai lumens lebih besar lagi? Sehingga kini saya telah mencuba kecerahan 100, 200, 300, 400 dan 1000 lumens.
Yang mana paling hebat? Sudah tentu yang paling cerah iaitu 1000 lumens. Kecerahan 1000 lumens adalah melebihi kecerahan lampu kalimantang di rumah anda. Jika rumah anda mengalami gangguan elektrik, suluh saja pada siling rumah. Pantulan kecerahan pada siling rumah anda akan menyebabkan bilik berkenaan menjadi hampir secerah lampu kalimantang dipasang.
Jika sahabat sedang mencari flashlight yang terbaik carilah nilai lumens yang paling tinggi dan sesuai dengan kemampuan anda.

Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...