Saturday 14 July 2012

Ketibaan Extrema Ratio 185 Rao ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

Setelah melalui perjalanan yang jauh dari Italy serta menempuhi pelbagai rintangan termasuklah onak dan duri akhirnya, Pisaubelantara mengumumkan ketibaan Extrema Ratio 185 RAO (Ricognizione ed Acquisizione Obiettivi) ke Sungai Petani. Pisau ini datang bersama pengasah khas dan beg nilon tahan lasak. Beg nilon ini mampu menyimpan pisau dalam keadaan terlipat atau terbuka. Pisau ini milik Datuk Undang.
Oleh kerana esok Datuk Undang becadang hendak membuka/mencabut pagar lama jadi Datuk Undang memerlukan multitool yang lebih besar dan lasak. Datuk Undang memilih Leatherman Super Tool 300 untuk ditonyoh dilanyak digunakan awal pagi Sabtu. Kebetulan saya memang ada bawa multitool baru berkenaan yang datang bersama flashlight Monarch 400 (RM350). Saya harap ketiga-tiga tool berkenaan akan sentiasa berjasa dan membantu Datuk Undang dalam kehidupan seharian. Warranty 25 years, bro!
Terima kasih tak terhingga kerana sentiasa menyokong Pisaubelantara!

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...