Tuesday 27 November 2012

Nasib Pemilik Pisaubelantara Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Berdasarkan perbualan dengan beberapa pengunjung, peminat dan pembeli pisau dari Pisaubelantara, rasanya saya sudah boleh membuat kesimpulan bahawa keadaan kita mungkin sama sahaja bila membuat keputusan besar dalam hidup untuk membeli sebilah pisau yang sangat-jarang ditemui oleh orang kampung hemsem dan tinggi harganya.
Kebanyakan dari kita agak menipu berat mulut bila ditanya isteri tentang harga sebilah pisau yang baru dibeli. Kesukaran serta rasa seperti hanya membuang masa untuk menerangkan tentang keupayaan pisau yang dibeli menyebabkan kita lebih suka mengurungkan mendiamkan diri.
Dengan rasa penuh tanggung jawab saya patut mengingati dan menasihati anda semua, sekurang-kurangnya beritahulah isteri anda atau orang tersayang yang tinggal dengan anda tentang ketajaman pisau yang anda beli dengan cara memotong sekeping kertas. Kebanyakan pisau yang saya jual ketajamannya adalah razor sharp!
Apabila diberitahu, dengan harapan yang tinggi mereka akan lebih berhati-hati dan tidak menjadikan ia sebagai barang permainan atau terbiar secara terbuka serta merbahaya kepada orang lain.
Minggu ini tiba lagi sebilah Cold Steel GI Tanto dan minggu depan akan tiba tiga bilah pisau tetap Cold Steel Pendleton Lite Hunter. Pisau ini razor sharp dan harga mampu milik, RM150 sahaja termasuk pos.

Cold Steel Pendleton Lite Hunter RM150

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Monday 19 November 2012

Encik Rambo 3 berhijrah ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

 Pisau Rambo 3
Seminggu dua lagi pisau Rambo III akan datang ke Sungai Petani. Pesanan kali ini datang dari Datuk Bond. Pada pendapat saya model ini merupakan model pisau paling hensem yang diperkenalkan dalam filem aksi berkenaan. Ia mempunyai bentuk yang cantik dan panjang keseluruhannya boleh menyebabkan kampung jadi huru-hara 18 inci.
 Pisau Rambo 3 RM480 (Ada sijil asli)
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Sunday 18 November 2012

Peralatan Outdoor Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Aktiviti outdoor sepatutnya menjadi seronok dan mudah jika setiap peralatan yang dibawa sesuai dan benar-benar membantu anda. Peralatan apa yang anda bawa bersama? Adakah cukup dengan hanya membawa sebilah pisau paling mahal terkenal dipasaran?
Jika hanya ada sebilah pisau sahaja di tangan, anda perlu ilmu batin survival yang cukup (Maksimum), tenaga empat kerat dan masa. Untuk ilmu survival dan tenaga, saya yakin anda akan paksa diri supaya boleh melakukannya tapi masalah besar yang akan anda hadapi ialah masa, ia sentiasa meninggalkan anda semasa susah dan senang di dalam pisaubelantara belantara. Di dalam hutan belantara keadaan cerah tidaklah sama seperti cerah matahari di halaman rumah anda. Kalau hari sudah petang, anda masih lagi terhegeh-hegeh memotong kayu untuk siapkan khemah dan sebagainya, saya percaya waktu malam anda akan jadi lebih panjang dari hari-hari sebelumnya. Ilmu survival seperti menghidupkan api tanpa mancis, pemetik api, fire starter dan lain-lain anda perlu tahu tetapi ia hanya akan berguna bila keadaan terdesak. Bayangkan diri anda dalam keadaan letih memotong kayu menyiapkan segala-galanya, tapi maggi dalam plastik dan air dalam cerek/periuk sedang menunggu anda menghidupkan api di tengah hujan lebat pulak tu.
Bawalah peralatan yang lengkap supaya anda mudah melaksanakan apa jua /aktiviti/kerja semasa di dalam hutan. Selain dari khemah, pisau besar/parang dan kecil, gergaji, pemetik api, dapur outdoor, periuk dan sebagainya merupakan antara peralatan penting untuk di bawa bersama.
Minggu ini ESEE Izula with kit telah sampai ke Sungai Petani.

 Tangan gemuk

ESEE Hitam: Harga RM360
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...