Friday 17 February 2012

Minat pisau macamana?

Salam dan selamat sejahtera,

Sebenarnya selama ini saya hanya menjual koleksi pisau kesayangan saya. Ini bermakna kesemua pisau berkenaan merupakan jenis pisau yang saya suka. Bila hampir setengah koleksi dijual, tertanya-tanya pula pisau jenis apa dan bagaimana yang anda cari. Call / SMS / Email dan ceritakan minat anda. Siapa tahu, mungkin saya boleh bantu.

Terima kasih kepada beberapa peminat pisau yang berkongsi cerita dan memberitahu sendiri pisau yang diingini. Kadang-kadang kedai pisau di US ada buat diskaun, mungkin anda antara yang bertuah kerana saya akan menjual berdasarkan harga diskaun. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan baik di sana kerana sentiasa memberi sokongan yang padu kepada saya.

Minat terhadap pisau ini menjadi lebih lagi bila saya terpilih untuk pergi training kerja ke beberapa buah negara. Peluang yang ada saya gunakan sebaik mungkin lebih-lebih lagi semasa hari cuti iaitu melawat beberapa kedai pisau yang ada di sana. Ianya bukan sekadar lawatan biasa kerana saya telah membeli sejumlah pisau serta menjalinkan hubungan baik untuk kerjasama yang mungkin ada pada masa hadapan. Selepas beberapa tahun, akhirnya wujud kerjasama seperti yang dijanjikan dan nasib baik mereka masih ingat....heheh.

Teringat suatu masa dulu (Muda, remaja), ketika minat terhadap pisau mula berputik, saya telah menghubungi pengedar sah pisau (Malaysia) yang diingini. Apabila diberitahu harga pisau berkenaan, saya jadi terdiam (Malu) dan sedaya upaya cuba mencari jalan untuk menamatkan perbualan secara sopan dengan jurujual berkenaan (Tengah sibuk menceritakan kenapa kualiti tinggi berkait rapat dengan harga). Tiba-tiba talian telefon terputus disebabkan duit syiling dah habis..fuhh...nasib baik.

~pisaubelantara~


Milano, Italia

Monday 6 February 2012

Leatherman Paling Hensem Wingman RM170 - SOLD

Salam dan Selamat Sejahtera,
 
Model Leatherman 'full size' ni merupakan model tercantik dan simple. Model ini tidak memerlukan beg pinggang seperti model Leatherman yang lain sebab sudah ada klip poket dan ianya mudah dicapai.




Keadaan: Baru
Harga: RM 170.

Berminat? Sila Call/SMS/Email.

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...