Wednesday 16 January 2013

Leatherman Wave dan Sidekick Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Dalam bulan Disember 2012 juga seorang peminat Leatherman dari Kulim datang ke Sungai Petani semata-mata untuk berjumpa dan mengambil sendiri multitool impian beliau iaitu Leatherman Wave dan Sidekick.
Dalam blog ini secara terbuka saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan beliau untuk ke Coffee House yang berdekatan disebabkan pada masa itu saya telah dilantik menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Isteri keluar bekerja jadi anak-anak perlu dijaga.

Diharap semoga apabila beliau datang lagi ke bandar Sungai Petani, hubungilah saya. Kita boleh minum kopi Jantan.
Suka dengan gambar ini sila ke www.budiey.com
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Fallkniven F1 Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

Cerita ini sebenarnya terjadi pada tahun lepas err... tak lah lama sangat kira-kira tahun lepas ..err Disember 2012 saja. Pisau ini milik Datuk Kuning.

Sejak pembelian pisau pertama dari Pisaubelantara iaitu pisau lapah Marttiini, ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan beliau.
Pisau Lapah Marttiini RM220

Bila berjumpa dengan sahabat yang mempunyai minat yang sama terhadap pisau, segala macam perkara menjadi topik perbincangan termasuklah hal kehidupan. Punya seronok bersembang sampai tak sedar jam menunjukkan hampir 2 pagi.
Pisau kedua beliau yang dibeli merupakan model pisau F1 terkenal dari Fallkniven, Sweden. Harga RM580.
 F1 Fallkniven, Made in Sweden
Bilah VG10

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Sunday 6 January 2013

Leatherman dalam The Star 7 Januari 2013

Salam dan selamat sejahtera,
Kepada semua pengunjung pisaubelantara. Belilah suratkhabar The Star hari ini 7 Januari 2013 untuk mengikuti cerita multitool LEATHERMAN.
Link ringkasan cerita:

 http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2013/1/7/lifefocus/12451861&sec=lifefocus
Panjangnya kuku!. Multitool Leatherman patut ada nail clipper...ahaks

Surat khabar boleh di beli dari kedai mamak manakala mana-mana multitool LEATHERMAN yang berkenan di hati boleh dibeli dari PISAUBELANTARA. Ingat tau, PISAUBELANTARA :)
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday 1 January 2013

Selamat Tahun Baru di Sungai Petani

SELAMAT TAHUN BARU!
Salam dan selamat sejahtera,
Agak lama kali ini saya bercuti setelah dipaksa diminta oleh majikan supaya bercuti selama 6 hari sehingga esok, Rabu 2 Jan 2013. Bermula dari Jumaat lepas sehingga hari ini saya dan keluarga cuma berjalan-jalan sekitar Sungai Petani hinggalah ke Bandar Perda sahaja. Al maklumlah ada anak kecil, nak jalan jauh-jauh sangat pun rasa tak selesa.
Bila kali terakhir anda yang tinggal sekitar Sungai Petani melawat Parkson, Taman Sejati? Baru-baru ini beberapa kelainan telah ditonjolkan oleh Parkson lebih-lebih lagi di tingkat atas bangunan berkenaan. Saya suka susun atur yang ada sekarang kerana ianya mengingatkan saya pada sebuah supermarket di Jepun berdekatan dengan rumah yang saya tinggal. Barangan yang menjadi kesukaan saya ialah bekas tahan panas yang mahal gila berkualiti tinggi dan pisau, pisau dan pisau peralatan dapur . Saya juga tak lepaskan peluang melihat beg-beg kecil (Camel dan Pierre Cardin) yang dijual memandangkan diskaun yang diberi tersangatlah tingginya (Murah). Kepada pengunjung Pisaubelantara, inilah peluang anda untuk mendapatkan yang terbaik pada harga murah.
Cuti yang agak lama membolehkan saya berangan-angan memeriksa beberapa peralatan/bahagian rumah yang perlu diperbaiki/diganti. Banyak juga modal yang diperlukan dan langkah pertama yang saya ambil ialah membeli hammer drill dan cordless screwdriver. Walaupun kegunaannya tidaklah sehingga menyiapkan sebuah rumah, saya lebih suka membeli/memilikinya sendiri dari meminjam. Perkara yang paling saya benci tak suka ialah bila barang yang dipinjam rosak ditangan. Mungkin kerosakan telah lama bermula dan puncaknya berada dalam tangan saya atau saya sangat berbakat dalam merosakkan peralatan/harta benda. Keadaan sebegini menyebabkan saya menjadi serba-salah dan keliru.
Bagaimana pula dengan pisau milik anda? Adakah anda sering meminjamkannya kepada kawan-kawan atau jiran tertangga?
Minggu ini tiga unit Leatherman Wave (Putih dan Hitam) dan Blast telah tiba. Wave putih dah poslaju pagi tadi.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...