Monday 8 April 2013

Survival Knife Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh bawa bersama anda semasa melakukan aktiviti luar adalah survival knife. Memilih pisau yang betul akan memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan anda pada waktu itu. Mempunyai pisau yang bersesuaian dan baik membolehkan anda membuat peralatan yang lain seperti membina perangkap, menyediakan makanan, menyediakan bahan mentah, memburu, membina tempat perlindungan, dan lain-lain. Senarai kebolehan dan kemampuannya sangat panjang memandangkan ia menjadi alat yang paling berguna dan yang paling ketara ialah ianya pelbagai guna.

Nama-nama lain untuk pisau seperti ini juga dikenali sebagai memburu, bushcraft, utiliti, hutan, perkhemahan dan pisau pertempuran. Masing-masing mempunyai bentuk bilah yang berbeza sesuai dengan keadaan dan situasi yang berbeza serta kegunaan. Saya akan cuba untuk jelaskan beberapa perbezaan tetapi jika anda mempunyai pendapat yang berlainan, marilah kita kongsikan bersama - Sila komen di bawah. Walau bagaimanapun, ramai yang sering berpendapat pisau survival perlu mempunyai bilah yang kuat dan dapat menyelesaikan pelbagai keadaan dan situasi.
Memilih pisau yang betul memberikan perbezaan hasil yang ketara apabila melakukan sesuatu tugasan yang mudah atau sukar. Ada beratus-ratus bentuk bilah dan saiz yang berbeza, dan dibentuk dari pelbagai logam dan bahan-bahan yang berbeza. Sukar untuk membuat pilihan, dan sebenarnya tidak wujud ayat 'pisau survival yang terbaik'. Ada bentuk pisau yang sangat baik untuk tugas tertentu tetapi ianya tidak boleh menyelesaikan semua perkara. Sebagai contoh untuk memotong buah, anda mungkin memilih bilah yang lebih kecil dan untuk mencincang, pisau yang lebih besar dan berat diperlukan. Oleh sebab itu ramai peminat aktiviti luar mempunyai lebih daripada sebilah pisau. Nanti kita sambung lagi sebab sedang jual kek di kedai milik isteri.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

7 comments:

  1. saya berminat dengan pisau hutan yang mempunya alat tambahan seperti penggores api.kompas.atau ruangan untuk menyimpan barang tambahan didalamnya...pisau cold steel survival edge misalnya...mempunya pengores api dan ruangan untuk menyimpan barang didalamnya...namun ia tidak menepati citarasa saya.bentuk mata pisau yang pada saya tidak sesuai untuk kerja berat...boleh saudara syorkan jenis pisau yang mempunya survival kit nya sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaz, tak banyak pisau macam tu dalam pasaran disebabkan pengguna mahukan pisau full tang. Dalam tangan saya ada pisau RAMBO 2, ada macam-macam tersimpan dalam hulu termasuklah compass. Harga RM480. Untuk Cold Steel Survival Edge RM250 termasuk pos di Pisaubelantara.

      Delete
  2. Dinasihatkan supaya memilih pisau full tang. Pisau Rambo yang mempunyai ruang menyimpan di bahagian pemegang amat diragui ketahanannya sebab bahagian sambungan di antara bilah dan pemegang biasanya disambung dengan skru sahaja. Jika anda menetak kayu keras besar kemungkinan sambungan itu akan longgar dan juga patah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung juga dengan cara ianya dipasang, tebal, logam dan kegunaan. Untuk pisau Rambo 2, mmg betul ia disambung secara skru tetapi diikat/ditambat/disambung bersama bilah. Bentuk stylo serta saiz yang menghuru-harakan orang kampung, pada pendapat saya lebih baik simpan elok2 dalam almari kaca walaupun saya yakin penyambungannya adalah kuat. Untuk lanyak dalam segala situasi, saya setuju dgn Puteri Comel, pilih full tang.

      Delete
    2. Askm..sukar untuk memilih "survival knife" yang betul2 sesuai dengan selera dan keperluan. banyak pisau dan kit di pasaran ; survival knife, Fighting knife , Hunting Knife...bagi saya survival knife yang terbaik setakat ini "AJK I".Banyak kit dan boleh melakukan kerja2 kasar. Cuma agak berat dan berserabut.Dalam konteks hutan Malaysia; hujan sepanjang tahun, banyak jaringan sungai dan paya, flora dan fauna..sudah tentu banyak sumber makanan. Bagi seorang amatur..hanya perlu pisau lasak, fire steel dan alatan pancing..boleh survive.AJK II sesuai wat bergaya.Setahu saya AJK II dianugerahkan kepada pelatih Bomba dan Penyelamat yang tamat latihan dengan cemerlang.Apa2 hal saya suka "BUCK".

      Delete
  3. saya ada 2 bilah AJK II. 1 ori & 1 cap ayam. Ori hrg RM750 & cap ayam hrg RM150..saja beli seronok2..hehehe

    ReplyDelete
  4. Pisau utiliti milik Puteri yang Puteri akan bawa ke hutan adalah Bear Grylls Ultimate Pro Knife (Versi 2013). Manakala parang atau pisau besar yang Puteri bawa adalah Esse Junglas. Tetapi jika Puteri cuma boleh bawa satu pisau sahaja, Puteri akan bawa Kabar BK2. Sekian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...