Monday 15 April 2013

Pemilihan Pisau: Jadikanlah Pisaubelantara Sebagai Rujukan Anda

Salam dan selamat sejahtera,
Apa yang anda mahu lakukan dengan pisau mahal anda?
Soalan yang sangat mudah untuk anda sendiri menjawabnya dan menjadi penentu pisau bagaimanakah yang perlu anda pilih.

Teliti
Untuk memotong benda kecil dengan mudah, pilihlah pisau berbilah kecil. Sebagai permulaan yang baik pilih panjang bilah 2~4 inci. Biasanya pisau bersaiz kecil mempunyai hujung kecil tajam untuk memotong benda kepada saiz kecil dan halus, lebih ringan dan mudah dikendalikan serta tidak letih/lenguh. Pisau kecil ringan boleh dibawa sebagai EDC dan tidak membebankan. Contoh: Cold Steel Pendleton lite RM150 (Ada dalam stok Pisaubelantara), Victorinox dan lain-lain.

Kasar
Pilihlah mana-mana panjang bilah dan ia seharusnya yang tebal dan kuat, tahan dengan kerja kasar/lanyak yang hendak dilakukan. Contoh: ESEE 5 RM870. Made in USA. (Ada dalam stok Pisaubelantara)

Hiris
Untuk penyediaan makanan, panjang bilah yang sesuai ialah 4-6 inci, manakala bilah lebih panjang boleh juga digunakan  iaitu 6-8 inci dan mempunyai keratan rentas yang nipis.

Lapah
Bilah mestilah sederhana panjang dengan lengkung menaik bentuk pisang. Bilah yang melengkung panjang dan lebar menambahkan keupayaan pengguna/pemilik melapah bahagian kulit sehingga ke hujung tajam pisau. Bahagian hujung hampir bulat untuk menghalang dari terpotong bahagian penting atau yang tidak mahu diusik. Pisau ini mestilah ringan untuk mengurangkan keletihan dan lenguh semasa dikendalikan. Sesetengah pisau mempunyai cangkuk usus, kegunaannya ialah untuk membelah kulit bahagian perut, memotong serta membelah usus dan lain-lain lagi. Anda perlu betul-betul mahir dengan pisau jenis ini kerana dikhuatiri bahagian cangkuk usus akan mengganggu bahagian-bahagian lain yang penting. Stok Pisaubelantara ada sebilah Marttiini Skinner. RM220 sahaja. Made in Sweden.


Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

7 comments:

  1. berminat untuk membeli beberapa jenis pisau...akan melibatkan jumlah perbelanjaan yg agak besar dan akan mengambil masa...adakah saudara menerima pembayaran ansuran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaz, kalau nak beli pisau banyak sekaligus, buat saja pinjaman bank.. Boleh tau utk apa bro? Kalau sbg collection, dinasihatkan beli satu2 bro. Kalau plan nak bisnes, 3 May saya ada kat Shah Alam, mungkin kita boleh sembang2 panjang.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. hanya memenuhi minat sahaja..jangan risau.haha.mungkin permintaan saya ini agak melampau...tapi apa boleh buat.bila hati dah berkenan..mungkin dlm beberapa hari lagi saya akan menghantar kepada saudara senarai pisau2 yg saya berminat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mm...sebenarnya Diaz, saya dulu mempunyai perasaan yg sama. Jadi saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. Dulu saya hanya dapat beli bila berpeluang ke luar negara bila dihantar oleh pihak kilang untuk berkursus. Masa tu hari-hari sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT semoga dapat pergi luar negara pada masa yang lama. Masalah saya ialah nak beli semua jenis pisau yang ada di sana bila pergi ke kedai. Langsung tak memilih jenis tertentu. Pernah buat loan bank sebenarnya...heheh.

      Delete
  3. nampak gaya saya juga menhiapi penyakit yang sama seperti saudara ...hahaha...keinginan dihati untuk memiliki pisau idaman hati yang tak terhingga..satu lagi,takut2 kalau jenis pisau yang menjadi idaman hati tiada lagi dipasaran (kilang pun dah tak buat lagi).

    ReplyDelete
  4. Puteri juga mempunyai koleksi pisau seperti Kabar, Esee, Tramontina, Ontario dan Gerber. Jika ingin membeli skaligus memang boleh tetapi dinasihatkan beli satu persatu dahulu. Ambil peluang untuk mengenali pisau itu satu persatu. Koleksi pisau merupakan pelaburan yang tidak merugikan cuma pasarannya terhad pada peminat sahaja.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...