Saturday 27 April 2013

Rujukan EDC Kershaw Ka-Bar Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,

EDC, EDC, EDC, EDC...Semakin ramai orang bercakap tentang EDC. Apa itu EDC? EDC adalah singkatan perkataan bahasa inggeris yang bermaksud EveryDay Carry. Perhatikan huruf-huruf besar dikembangkan.  Dalam tajuk EDC kali ini saya nak kongsi bersama beberapa perkara penting yang perlu anda fikirkan sebagai EDC. Mungkin saya akan selitkan pendekatan secara melawak tetapi apa yang saya harapkan dari anda adalah pemahaman yang cuba saya sampaikan.


EDC
EDC sebenarnya adalah satu persediaan khas yang dibawa bersama dan peralatan yang dipilih seharusnya berdasarkan perkara-perkara yang anda fikirkan mungkin akan berlaku dan ianya mestilah berkaitan dengan aktiviti anda. Ia bukanlah peralatan biasa yang anda bawa bersama sebagai contoh mudah lampu suluh kecil yang diikat sebagai rantai kunci. Adakah anda menggunakan lampu suluh setiap malam? Tidak, bukan? Tetapi apabila diperlukan, anda muncul berbeza dari orang lain dan tidak meraba-raba di dalam gelap. Kenapa saya kata anda berbeza? Sebabnya anda telah memilih untuk bersedia.

Peralatan EDC seharusnya kecil serta mudah dibawa dan seboleh-bolehnya tidak mengganggu postur badan anda. Contohnya multitool kecil seperti Leatherman Micra, simpan saja dalam poket kecil seluar jeans anda.

Jika anda tidak malu untuk berbincang dengan rakan-rakan tentang EDC, anda akan berjumpa dengan  peminat-peminat EDC yang lebih tinggi tahap imaginasinya, dan sudah tentulah lebih banyak lagi alat-alat pelik yang sengaja diada-adakan. Contohnya saya sentiasa bawa gergaji kayu ke mana-mana sahaja. Pelik bukan? Saya pernah melalui pengalaman memandu semasa ribut dan tiba-tiba pokok tumbang menghalang jalan. Malangnya saya agak tergesa-gesa untuk cepat dan saya tak ambil gambar sebagai bukti. Pada waktu itu, tersangatlah jelas bahawa saya seorang sahaja yang muncul bersama-sama pembantu terhebat. Hari itu dalam sejarah, gergaji saya telah membantu ramai orang. Saya percaya ramai lagi peminat-peminat EDC di luar sana yang mempunyai cerita yang lebih hebat lagi, dialu-alukan kongsi di ruangan komen di bawah.

Akan datang, pisau lipat kecil EDC Kershaw Chive (RM220) dan Pisau besar KABAR 1217 (RM400). Kedua-duanya Made in USA.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

1 comment:

  1. Salam. Berapa nombor hp tuan, saya nak beli ka bar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...