Tuesday 14 April 2015

Tempahan ditutup

Salam dan selamat sejahtera,
Mohon maaf kepada semua peminat kucing pisau, Pisaubelantara telah pun ditutup. Jadi semua tempahan ditutup serta merta.
Harap maklum.
 ~pisaubelantara~

Thursday 24 October 2013

Semua tempahan ditutup serta-merta

Salam dan selamat sejahtera,

Hari ini merupakan hari yang paling istimewa dalam hidup saya, blog kesayangan saya dan sahabat-sahabat semua. Pengumuman penting ini bakal memeranjatkan semua lebih-lebih lagi kepada sahabat-sahabat yang sering berkunjung serta sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Pisaubelantara.
Setelah sekian lamanya berusaha memenuhi impian sahabat-sahabat semua, kini tibalah masa untuk saya dan blog kesayangan saya ini mengundur diri dan pada hari ini dengan rasminya Pisaubelantara menutup semua tempahan serta-merta.
Walau bagaimana pun masih ada beberapa bilah pisau besar yang masih lagi belum tiba. Kepada empunya  penempah pisau berkenaan, janganlah berasa risau, pisau anda sedang dalam perjalanan ke Sungai Petani.
Walau bagaimana pun seperti biasa jaminan dari saya jika Pisaubelantara gagal mendapatkan pisau impian anda, ke semua wang anda akan dikembalikan.
Mohon maaf kepada anda yang langsung tidak berkesempatan menempah pisau dari Pisaubelantara. Semoga anda mendapat harga yang lebih baik lagi di luar sana.
Pisau Extrema Ratio MF1 ini milik Kontraktor Muda.

Sokongan penuh dari anda yang berterusan, amatlah dihargai.


~pisaubelantara~

Sunday 20 October 2013

Ka-Bar Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

Apabila terlalu banyak sangat sumber maklumat yang anda ikuti, semakin sukar untuk anda membuat keputusan. Banyak review berkaitan dengan pisau yang anda boleh lihat dalam youtube. Sebagai pemerhati yang bijak, anda perlu buat kesimpulan seterusnya keputusan dalam memilih pisau terbaik untuk digunakan nanti.

Bukan semua info negatif mengenai pisau berkenaan boleh diguna pakai. Kadang-kadang ujian yang dikenakan ke atas pisau yang berlebihan menjelaskan kepada penonton yang pelakon video berkenaan seorang yang dungu keterlaluan dan melampau.

Apabila anda berada di luar sana, salah satu alat paling berguna, perlu ada/miliki ialah pisau survival yang boleh diharapkan serta dipercayai. Tetapi bila terlalu banyak maklumat yang anda ada ditambah pula pisau datang dengan pelbagai gaya, saiz, jenama, warna dan lengkap dengan sejarah latar belakang membuatkan anda jadi berpinau rambang mata lebih tepat lagi keliru. Apa yang perlu anda ketahui sebenarnya ialah tujuan/kenapa pisau berkenaan direka dan anda hanya perlu memilih berdasarkan aktiviti anda.

Pisau kali ini milik sahabat dari Sarawak. Ka-bar BK11. Pisau ini datang bersama sarung dan paracord. Pisau ini sesuai sebagai neck knife atau boot knife. Harga RM290 termasuk pos.
Jika hendak bandingkan dengan Esee Izula, bahagian tajam bilah ini lebih panjang.

Sebilah pisau lagi, Ka-bar 1217 RM400 milik Datuk Aman.
 Ka-bar BK11 berharga RM290
Ka-Bar 1217 berharga RM400





 
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday 16 October 2013

Pisaubelantara hidup berkeluarga

Salam dan selamat sejahtera,

Selepas 4 tahun di Ipoh,Akhirnya saya dapat kembali semula kepada kehidupan normal macam dulu. Melihat anak membesar di depan mata dan perhatian yang lebih diberikan. Tinggi harapan saya agar mereka semua berjaya dalam kehidupan dan masa depan. Saya yakin dan percaya anda semua pun begitu juga.

Hari ini hari  raya korban yang kedua. Nampaknya ramai yang masih belum memahami bagaimana hendak menempah pisau dari Pisaubelantara. Oleh kerana majoriti menempah pisau mengikut impian masing-masing yang mana langsung tak sama antara satu sama lain, saya berkeputusan untuk tidak menyimpan stok yang banyak di Pisaubelantara. Lagi pun ke semua pisau perlu di selenggara walaupun bilahnya stainless steel. Anda semua perlu tahu, stainless steel bukanlah takkan karat sampai bila-bila. Ia akan berkarat, cuma mungkin lambat berbanding logam-logam lain.

Raya korban kali ini ramai yang hubungi saya pada saat-saat akhir untuk mendapatkan pisau lapah yang diimpikan. Mohon maaf, pisau yg ada, sedikit sahaja bilangannya. Jika tempah hari ini, biasanya 2 hingga 3 minggu baru sampai. Untuk menempah, saya perlukan deposit (Biasanya penuh). Jika saya gagal bawa masuk/dapatkan pisau anda, jangan risau, duit anda tak hilang, jaminan saya ke semua wang anda akan dikembalikan.

Pisau kali ini, Cold Steel GI Tanto tempahan dari Datuk Aman, Kelantan. Sebelum GI Tanto beliau telah pun menerima sebilah Bear Grylls Ultimate dan akan dating dating Pisau Ka bar 1217.

Terima kasih atas sokongan anda.




Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Sunday 6 October 2013

Selamat tinggal Ipoh dan kembali ke Kulim

Salam dan selamat sejahtera,
Apa khabar? Agak lama saya tidak merapu berceloteh dalam blog kesayangan saya ini. Untuk pengetahuan anda semua, saya telah pun berpindah tempat kerja dari Ipoh ke Kulim.Oleh kerana lama tinggal di sana seorang, saya banyak menghabiskan masa yang terluang bersama kawan-kawan Ipoh. Dah lama kat Kulim, terasa rindu pula. Minggu lepas terima email dari kawan Italy, ajak jumpa kat Ipoh November nanti. Harap-harap adalah masa untuk kami berjumpa nanti.
Gambar di bawah ini adalah majlis makan malam saya bersama kawan-sekerja Ipoh. Mereka berdua begitu sibuk berbincang tentang hala tuju syarikat manakala jiwa saya pula sedang fikir keseronokan bersama keluarga....heheheh I am just kidding.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday 30 July 2013

Smith & Wesson CK33 tiba ke Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,
Sahabat dari Sik, Kedah sukakan pisau berhulukan seperti kerambit (Lubang jari dihujung). Dan dalam masa yang sama beliau juga mahu menggunakan pisau berkenaan sebagai pisau kegunaan biasa. boleh anda bayangkan, bagaimana?
Telah tiba ke Pisaubelantara, Smith & Wesson CK33.
 Bilahnya kurang bengkok dan boleh digunakan sebagai pisau biasa.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Buck Paklite Hunter Field di Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,
Satu set RM450
Asalnya Datuk Kalinga berkenan membeli sebilah yang paling besar sahaja iaitu Paklite Large Skinner. Mungkin semasa melayari internet tiba-tiba beliau melihat satu set lengkap peralatan melapah ini. Terus beliau menghubungi Pisaubelantara untuk menukar tempahan.


 Pisau melapah besar, kecil dan gut hook
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday 24 July 2013

Beg duit raya dari Maxpedition

Salam dan selamat sejahtera,
Nampaknya kali ini Datuk Undang dan Mr Rudd beraya sakan dengan beg duit raya dari Maxpedition. Octa tempahan Mr Rudd dan H1 + Volta milik Datuk Undang. Semoga kalian berdua banyak dapat duit kertas pada raya tahun ini heheh...
 Beg duit raya dari Maxpedition
 Maxpedition H1
 Maxpedition Volta
Eiii bulu...Maxpedition Octa


 Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday 23 July 2013

Khukri Standard Issue Askar Ghurka - Original

Salam dan selamat sejahtera,
Harga RM400

Barang yang ditunggu-tunggu, akhirnya tiba. Khukri Standard Issue Ghurka. Banyak rintangan yang menghalang pada permulaannya. Betul kata sifu, setiap masalah adalah peluang. Peluang yg saya dapat ialah hubungan baik dgn supplier khukri ini. Tempahan seterusnya akan jadi lebih mudah. 
Ada dua bilah sampai hari ini, milik Datuk Kalinga dan Tuan Pendakwa. Esok atau lusa saya akan poslajuuu..
Terima kasih kerana sokongan yang berterusan kepada Pisaubelantara


Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Thursday 18 July 2013

Jumpa Pelanggan Di Klebang Restu, Chemor, Perak


Salam dan selamat sejahtera,

Kadang-kadang ada sahabat yang tinggal berdekatan dan mahu berjumpa sendiri dengan saya.
Jadi perjumpaan biasanya berlangsung di Cofee House (Kedai kopi kampung). Tak ramai yang mahu gambar mereka disiarkan di pisaubelantara.blogspot atau facebook pisaubelantara.
Kali ini dapat juga seorang yang sudi bergambar bersama. Inilah dia pemilik Leatherman Rebar. Terima kasih sebab sudi dan email gambar ini.




Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...