Sunday 20 October 2013

Ka-Bar Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

Apabila terlalu banyak sangat sumber maklumat yang anda ikuti, semakin sukar untuk anda membuat keputusan. Banyak review berkaitan dengan pisau yang anda boleh lihat dalam youtube. Sebagai pemerhati yang bijak, anda perlu buat kesimpulan seterusnya keputusan dalam memilih pisau terbaik untuk digunakan nanti.

Bukan semua info negatif mengenai pisau berkenaan boleh diguna pakai. Kadang-kadang ujian yang dikenakan ke atas pisau yang berlebihan menjelaskan kepada penonton yang pelakon video berkenaan seorang yang dungu keterlaluan dan melampau.

Apabila anda berada di luar sana, salah satu alat paling berguna, perlu ada/miliki ialah pisau survival yang boleh diharapkan serta dipercayai. Tetapi bila terlalu banyak maklumat yang anda ada ditambah pula pisau datang dengan pelbagai gaya, saiz, jenama, warna dan lengkap dengan sejarah latar belakang membuatkan anda jadi berpinau rambang mata lebih tepat lagi keliru. Apa yang perlu anda ketahui sebenarnya ialah tujuan/kenapa pisau berkenaan direka dan anda hanya perlu memilih berdasarkan aktiviti anda.

Pisau kali ini milik sahabat dari Sarawak. Ka-bar BK11. Pisau ini datang bersama sarung dan paracord. Pisau ini sesuai sebagai neck knife atau boot knife. Harga RM290 termasuk pos.
Jika hendak bandingkan dengan Esee Izula, bahagian tajam bilah ini lebih panjang.

Sebilah pisau lagi, Ka-bar 1217 RM400 milik Datuk Aman.
 Ka-bar BK11 berharga RM290
Ka-Bar 1217 berharga RM400





 
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

1 comment:

  1. huhhuu kadang bila tengok video review pisau kat youtube tu kadang2 tak masuk akal langsung...contohnya pisau cold steel leatherneck buat belah kayu besar betis orang dewasa..bila tak boleh ketuk"baton" lak dengan kayu..lepas tu bila mata pisau sumbing/pecah..kutuk macam2...paling sakit hati bila pisau cold steel peace maker 3 'kaw-kaw' kena kutuk...dah nama pun pisau 'boot knife' bajet.. agak2 la nak buat apa dengan pisau tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...