Showing posts with label Gerber. Show all posts
Showing posts with label Gerber. Show all posts

Wednesday, 16 October 2013

Pisaubelantara hidup berkeluarga

Salam dan selamat sejahtera,

Selepas 4 tahun di Ipoh,Akhirnya saya dapat kembali semula kepada kehidupan normal macam dulu. Melihat anak membesar di depan mata dan perhatian yang lebih diberikan. Tinggi harapan saya agar mereka semua berjaya dalam kehidupan dan masa depan. Saya yakin dan percaya anda semua pun begitu juga.

Hari ini hari  raya korban yang kedua. Nampaknya ramai yang masih belum memahami bagaimana hendak menempah pisau dari Pisaubelantara. Oleh kerana majoriti menempah pisau mengikut impian masing-masing yang mana langsung tak sama antara satu sama lain, saya berkeputusan untuk tidak menyimpan stok yang banyak di Pisaubelantara. Lagi pun ke semua pisau perlu di selenggara walaupun bilahnya stainless steel. Anda semua perlu tahu, stainless steel bukanlah takkan karat sampai bila-bila. Ia akan berkarat, cuma mungkin lambat berbanding logam-logam lain.

Raya korban kali ini ramai yang hubungi saya pada saat-saat akhir untuk mendapatkan pisau lapah yang diimpikan. Mohon maaf, pisau yg ada, sedikit sahaja bilangannya. Jika tempah hari ini, biasanya 2 hingga 3 minggu baru sampai. Untuk menempah, saya perlukan deposit (Biasanya penuh). Jika saya gagal bawa masuk/dapatkan pisau anda, jangan risau, duit anda tak hilang, jaminan saya ke semua wang anda akan dikembalikan.

Pisau kali ini, Cold Steel GI Tanto tempahan dari Datuk Aman, Kelantan. Sebelum GI Tanto beliau telah pun menerima sebilah Bear Grylls Ultimate dan akan dating dating Pisau Ka bar 1217.

Terima kasih atas sokongan anda.




Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Sunday, 10 June 2012

Minggu Leatherman dan Pisau Garang Sungai Petani


Dari kiri: Surge, Super Tool 300, Charge TTi  dan Rebar (Gambar internet)
 Dari kiri Squirt PS4, Style CS, Freestyle, MUT (Gambar internet)
Sama ada minggu ini atau minggu depan, akan sampai beberapa jenis model Leatherman termasuklah yang terbaru Leatherman REBAR! Rasa teringin pulak nak pakai model terbaru ini yang mana kelihatan seperti Leatherman Super Tool 300 tapi bersaiz kecil. Gambar yang dilayurkan di atas diambil dari internet, manakala gambar bersama model tangan gemuk adalah gambar pisau sebenar.
Model-model hensem Leatherman yang akan sampai ialah:
1) Leatherman Rebar (Terbaru - Belum ada pemilik)
2) Leatherman Surge (Milik Datuk Undang)
3) Leatherman Super Tool 300 + Flashlight Monarch 400 (Belum ada pemilik)
4) Leatherman MUT (Milik Datuk Undang)
5) Leatherman Squirt PS4 - Milik rakan sekerja
6) Leatherman Charge TTi (Milik Kencana Buri)
7) Leatherman Style CS (Belum ada pemilik)
8) Leatherman Freestyle (Belum ada pemilik)
Gambar yang saya sediakan bukanlah saiz sebenar multitool berkenaan jadi sila teliti saiz sebenarnya di laman web http://www.leatherman.com

Manakala pisau garang yang sudah sampai ialah:
1) Ka-bar USMC  - Sudah Sampai Sungai Petani (Milik Pemburu Malam)
2) Gerber Prodigy Tanto - Sudah sampai (Belum ada pemilik)
3) Sentry Knife - Sudah sampai Sungai Petani (Milik Pemburu Siang)
 Ka-bar USMC RM400 (Sudah sampai Sungai Petani - Milik Pemburu Malam)
Gerber Prodigy Tanto RM350 (Sudah sampai Sungai Petani/Ipoh - Belum berpunya)
United Cutlery Sentry RM250 (Milik Pemburu Siang)
 Beg hitam kat sebelah Maxpedition Lunada (Milik saya)
Maaf tangan model gemuk
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. 
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday, 7 March 2012

Gerber Radius Bagak RM220



Hari ini sampai tiga unit Gerber Radius (BARU) dalam kotak plastik. Kawan saya kat US cakap, dari segi saiz berbanding Leatherman, multitools ini lain dari biasa, saiznya besar. Handle/pemegangnya disaluti getah lembut memberi keselesaan kepada tangan si pemakai. Saiz pemegangnya yang besar dapat menyalurkan semua kekuatan tangan semasa mencengkam playar.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...