Monday 18 February 2013

Gergaji Berkualiti Tinggi Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Rasanya sudah lama isteri saya merapkan minta saya adakan satu rak untuk diletakkan makanan dan ubat-ubatan kucing di bahagian dapur rumah. Pada cuti raya cina yang lepas barulah saya berkesempatan melayan karenah permintaannya itu.
Semua barang dan peralatan pertukangan ada dirumah kecuali gergaji kayu. Tiba-tiba teringatkan sesuatu di dalam saku seluar - Swiss Army Victorinox. Ini kali pertama saya gunakan untuk memotong kayu sebab selalunya saya cuma guna pisau, pembuka tin dan playar.
 Memotong kayu menggunakan ehem... gergaji mahal dan berkualiti tinggi.

Maka tersiaplah sudah sebuah rak yang sangat hebat di pejabat isteri saya itu dapur. Good job, Syukor!
Biasa-biasakanlah memuji diri sendiri dengan kerja baik yang dilakukan agar nanti anda boleh buat lebih lagi.
Kali ini saya telah bertemu dengan seorang peminat pisau Esee, Kontraktor Muda di sebuah Coffee House terkenal di pekan Kepala Batas. Pada pertemuaan itu beliau bukan sahaja menyunting Esee Izula with kit sebagai teman, malahan turut memilih Leatherman Blast untuk diselitkan di pinggang. 

Esee Izula

 Leatherman Blast

Hampir terlupa pula, order terbaru beliau Esee Junglas adalah untuk membersihkan kawasan memancen (Memancing) kata orang Peqhok (Perak).
Esee Junglas Zombie Green

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...