Tuesday 30 October 2012

ESEE Izula akan tiba ke Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Entah kali ke berapa saya asyik melayari website:
http://www.jungletraining.com/index2.htm .
Kursus ikhtiar hidup kelolaan Randall's Adventure and Training (RAT) ini agak menarik kerana ia mengajar peserta berikhtiar untuk hidup jika tersesat/kekurangan makanan di dalam hutan.
Bukan setakat itu sahaja, setiap perserta juga akan dihadiahkan sebilah pisau jenama ESEE apabila tamat kursus.
Dua tahun lepas saya ada terbaca di Malaysia pun ada kursus yang hampir sama tapi malangnya website berkenaan mengalami masalah server.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rekreasi&pg=rk_02.htm
Minggu lepas, kawan-kawan saya seramai 13 orang kesemuanya pergi memanjat bukit/gunung tanpa sebarang tujuan untuk menikmati permandangan menarik di sana. Akan tetapi aktiviti yang mereka lakukan bukanlah seperti yang saya harapkan. Makanan yang dibawa terlalu mewah sehinggakan boleh berkelah sehingga kenyang nasi beriani ayam di dalam hutan. Tiada sebarang ilmu ikhtiar hidup yang dipelajari semasa di sana sedangkan mereka telah mengupah seorang pakar (Askar) sebagai penunjuk arah/jalan.
Bila saya tanya/syorkan tentang ilmu ikhtiar hidup, masing-masing berpandangan sesama sendiri dan setuju untuk memasukkan agenda berkenaan pada aktiviti akan datang.
Cuba anda fikir jika penunjuk arah mereka hilang atau jatuh sakit. Boleh anda bayangkan kesusahan mereka semasa di sana?
Akan datang pisau outdoor ESEE Izula + kit

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...