Saturday 20 October 2012

Pemilihan Pisau 2 Ontario RAT 1

Salam dan selamat sejahtera,
Apakah tujuan anda membawa pisau bersama ke dalam hutan? Brand/Jenama, tujuan, saiz,bentuk, jenis bilah dan kegunaan haruslah diutamakan. Menceroboh Meneroka hutan tanpa sebarang peralatan  bantuan bukanlah satu langkah yang bijak. Banyak perkara dan keadaan yang akan anda tempuhi sepanjang perjalanan dan jika anda seorang diri, pisau merupakan teman yang terbaik dan dipercayai. Menetak ranting, menebas semak, membelah dan memotong kayu semuanya diikuti begitu juga menetak batu. Batu merupakan musuh utama kepada pisau dan jika anda kurang berhati-hati teman anda mungkin akan sumbing atau melepek atau bengkok atau patah.
Sahabat-sahabatku sekalian, bilah pisau patah kerana rapuh. Rapuh bukanlah lemah seperti keropok tetapi kuat dan keras seperti batu.
Laman rumah sewa saya di Ipoh telah penuhi "pokok herba" setinggi paras pinggang. Oleh kerana "musim menuai" telah tiba, pada tengahari semasa waktu rehat saya terus ke kedai hardware membeli sebilah sabit. Pada petang harinya selepas waktu bekerja terus tergesa-gesa pulang ke rumah untuk memulakan kerja dengan sabit yang baru dibeli. Sepuluh kali cantas, bilah sabit bukan setakat melepek tetapi berubah bentuk menjadi huruf S.
Kerja "menuai" belum pun masuk peringkat suku tetapi sabit yang baru dibeli awal-awal lagi telah menunjukkan ianya tidak boleh diharap dan dipercayai. Mahukah anda membawa/ditemani pisau yang mempunyai sikap sebegini?
Minggu ini sebilah pisau lipat Ontario RAT 1 telah sampai. Pisau lipat ini memang hensem dan bergaya.

Ontario RAT 1: Harga RM230 termasuk pos
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...