Sunday 23 December 2012

Leatherman Style + LED Lenser (Terang)

Salam dan selamat sejahtera,
Entah kenapa tubuh badan berusia 37 tahun ini menjadi semakin kurang lasak. Selama dua minggu berturut-turut kesihatan saya agak merosot, demam panas, selesema dan batuk. Kali ini lambat sungguh proses penyembuhan. Kebanyakan sahabat-sahabat saya mengaku kesan-kesan penuaan terasa bila umur mencecah 35 tahun. Apa pendapat anda?

Hari ini merupakan hari istimewa kepada isteri saya. Tahun ini, isteri saya dapat Leatherman Style (Merah Jambu) + LED Lenser kecil sebagai teman pada kunci kereta miliknya. Hadiah ini datang dalam kotak tin khas dari Leatherman. Selamat hari lahir, sayang.


Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...