Friday 14 December 2012

Cold Steel Pendleton Lite di Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Rasa kecewa betul bila Pisaubelantara jual pisau murah dikatakan jual pisau tiruan. Betapa banyaknya masa yang terbuang dan kesusahan yang dialami untuk memastikan pisau yang saya dapat dan jual kepada anda semua memang original. Saya agak cerewet tok nenek teliti dalam pemilihan supplier dan runner,  bukan setakat itu saja, setiap pisau baru yang tiba, saya akan terus hubungi pihak pengeluar untuk memastikan keasliannya. Untuk pengunjung/peminat yang mahukan harga pisau jauh lebih tinggi dari yang disyorkan oleh Pisaubelantara, kesudian anda amatlah dialu-alukan. Serious! Jika harga yang anda ketagih sukakan itu memberikan keyakinan, kepuasan serta menguatkan kepercayaan anda bahawa pisau itu adalah original terus terus-terang saya ucapkan I love you, brother!(Sambil kedua-dua jari telunjuk menghala ke arah anda).

Untuk pengunjung yang cintakan sedang mencari pisau memburu yang bersaiz kecil, Pisaubelantara kini ada Cold Steel Pendleton berharga RM150 termasuk pos.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...