Monday 25 June 2012

Regimen Khas Italy di Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Extrema Ratio 185 RAO RM2200
Ikhsan dari web: http://www.extremaratioknivesdivision.eu/english/index.html

Kali ini lain daripada biasa, pisau lipat boleh bertukar menjadi pisau tetap. Bilahnya boleh dibuka dan dikunci untuk menjadikan ia pisau tetap. Pisau ini besar dan tebal. Kalau tengok dalam youtube saiz pelakon video itu sebenarnya sama dengan model tangan gemuk. Mana tau sama? Saya kan pernah pergi Italy (3 bulan saja kat sana).
Ditempah khas oleh Datuk Undang. Tiba-tiba teringat cerita Judge Dredd "I am the law!".
Cerita tentang pisau ini:
Pada bulan Jun 2006 yang lepas, satu regimen khas askar Italy iaitu “185° Rgt. Ricognizione ed Acquisizione Obiettivi” telah meminta syarikat pembuat pisau Extrema Ratio membuat sebilah pisau yang boleh digunakan di pelbagai lapangan operasi dan tugas khas melibatkan operasi dalam negara dan antarabangsa. Tugas-tugas khas ini melibatkan artileri, helikopter, pesawat tempur, kapal perang dan lain-lain lagi. Bermaksud dengan satu pisau ini, regimen berkenaan guna untuk semua operasi.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...