Saturday 16 June 2012

Berita gembira buat Abang Plusronda

Salam dan selamat sejahtera,

Seorang sahabat Abang Plusronda dalam keadaan cemas menghubungi pisaubelantara. Rupa-rupanya Leatherman Wave nya telah cedera parah dibelasah anak (lelaki@ perempuan?) beliau semasa cuba membuka stem basikal. Bahagian pemegang skru bit telah pecah.
 Cedera parah dibelasah


Abang Plusronda telah meminta bantuan pisaubelantara untuk menyembuhkan kesakitan teman baik beliau, Leatherman Wave. Saya terus menghubungi Leatherman USA untuk tindakan selanjutnya. Tiga minggu lepas, Leatherman Wave berkenaan telah pun dihantar untuk diperbaiki.
Semalam saya telah terima berita gembira, cuba teka apa jadi?
Abang Plusrinda akan dapat teman baru, Leatherman Wave beserta beg kulit premium kemas dalam kotak.
Saya harap sahabat-sahabat, peminat-peminat Leatherman semua tahu tentang waranti 25 tahun dari Leatherman.
Petang nanti lepas kerja, Abang Plusronda tentu gembira.
 Err..Wave baru Abang Plusronda didepan, Charge TTi kat belakang tu ehem..saya punya.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"  

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...