Tuesday 26 June 2012

Bawalah daku pergi ke mana saja

Salam dan selamat sejahtera,
 Apa masalah anda?
Ke mana saja pergi, saya sentiasa membawa multitool. Nak repair apa? Kenapa bawak pisau? Malas sebenarnya untuk saya menjawab soalan-soalan begini yang sering dilontarkan oleh rakan sekeliling termasuklah teman hidup saya sendiri. Membawa multitool setiap hari sebagai teman adalah salah satu langkah bersedia dalam memudahkan/menyelesaikan masalah remeh yang berlaku secara tiba-tiba. Multitool yang anda bawa bukan sahaja memudahkan kerja anda malahan ia mungkin membantu orang lain yang menghadapi masalah. Pernahkah anda terfikir masalah-masalah sebegini.
1) Memerlukan pembaris untuk mengukur. Contoh saiz skru
2) Selumbar yang tercucuk pada kaki tangan sendiri atau orang lain
3) Membuka skru bateri kereta atau motosikal
4) Memerlukan skrewdriver + atau - untuk mengetatkan skru yang longgar dengan kadar segera.
5) Membuka kotak
6) Memotong tali
7) Memegang benda panas
8) Membuka tin
9) Memotong dawai
10) Dan lain-lain lagi.
Bila terkena pada hidung sendiri, lebih-lebih lagi pada masa dan tempat yang salah, barulah menyesal dan cuba mencari-cari alat pada tempat yang tidak pasti. Bawalah satu multitool yang mudah dan selesa. Walaupun kecil, ia pasti membantu anda.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...