Saturday 8 September 2012

Buck CSAR-T Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Mohon maaf kepada semua pengunjung pisaubelantara yang sentiasa mengikuti produk-produk terkini dan menjadi pengikut setia blog ini sejak dulu. Saya bukan lupa daratan kepada blog kesayangan ramai ini, cuma masa yang ada sedikit saya terpaksa guna hanya untuk berehat. Untuk makluman semua, pada Hari Raya
Aidil Fitri (Raya pertama) yang lepas, saya mendapat rezeki berganda.
Rezeki yang saya maksudkan ialah kehadiran seorang lagi cahaya mata. Raya kali ini saya menghabiskan masa cuti lain dari tahun-tahun lepas iaitu berulang-alik ke hospital, klinik bidan, pasar dan memasak. Sayang sungguh dekat isteri dan anak woi...

Situasi yang sama juga berlaku pada teman sembang Coffee House (Kedai kopi kampung) saya iaitu Datuk Undang. Tahniah kepada beliau juga kerana telah mendapat cahaya mata yang ketiga, (same ler kite).
Saya terpaksa memujuk Datuk Undang keluar rumah seperti Hang Jebat dan Hang Tuah untuk datang mengambil pisau milik beliau. Ada anak kecil kat rumah, tak elok keluar lewat-lewat malam.
Pisau kali ini bentuk lebih kurang macam Extrema Ratio dari Italy iaitu Buck CSAR-T, milik Datuk Undang.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...