Wednesday 26 September 2012

Pemilihan Pisau Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Bagaimana hendak memilih pisau yang sesuai?
Apakah cabaran yang bakal anda hadapi atau berikan pada pisau berkenaan? Oleh kerana kebanyakan pengunjung pisaubelantara sentiasa bertanyakan pisau pengasah pensel pisau outdoor  maka lebih bergaya rancak lagi kalau saya tulis tentang pisau yang anda semua suka.

Saiz Pisau
Saiz pisau yang sepatutnya anda pilih hendak bersesuaian dengan saiz tangan, badan dan yang paling penting ianya mudah dikendalikan. Jangan cepat sangat jatuh hati dan terus beli selepas melihat ramai sahabat-sahabat anda menayang-nayang memilikinya.

Kegunaan Lasak
Untuk kegunaan lasak pisau perlulah kejap dipegang dan ada penyekat genggaman supaya semasa pisau beraksi, jari tangan anda tidak tergelongsor menuju ke arah bilah tajam. Kecederaan parah di dalam hutan melambatkan pergerakan anda, menghilangkan mood dan berkemungkinan besar mengundang bahaya.

Ketebalan Pisau
Mahalnya sebilah pisau yang anda beli bukanlah penentu kepada kejayaan sesuatu aktiviti. Anda perlu kreatif serta bijak menggunakan apa saja peralatan yang dibawa. Rancang pemilihan pisau yang sesuai dengan aktiviti yang bakal anda lakukan. 29 tahun yang lalu saya masuk hutan belantara semak hutan kampung dengan hanya pisau sekupang/seposen. Untuk membuat cakplong/pelepong/buluh letup dengan pisau kecil cap tangan memakan masa setengah hari. Macam mana nak siap cepat, setiap kali potong kena perlahan-lahan ketuk supaya buluh tak pecah. Selepas tu nak kena cari pula akar buluh yang bengkok sebagai hulu.
Gambar dari Stanza Alam: Buah Cenerai
Setengah hari lagi sebelah petang masuk lagi semak untuk mencari buah cenerai penuh beg plastik sebagai peluru untuk berperang keesokan harinya. Berbalik kepada pemilihan pisau, pilihlah yang tebal supaya anda boleh memotong makanan dan menetak kayu. Perlu diingat biasanya pisau yang lebih tebal akan jadi lebih berat. Anda kena fikir cara membawanya agar ia menjadi teman dan bukan beban.
ESEE 5 memang tebal
Pisau Lipat
 Pisau lipat
Pisau lipat bukanlah sejenis pisau yang lasak dan boleh dilanyak. Kegunaan lasak yang berterusan akan melonggarkan bahagian mekanikal seterusnya merosakkan pisau berkenaan. Pisau tetap untuk tujuan outdoor sebaiknya adalah jenis bilah panjang hingga ke hulu - full tang. Pisau lipat lebih kepada pisau memotong makanan yang mudah disimpan di dalam poket. Bersambung lagi nanti..

Dalam pemilihan pisau anda perlu teliti. Saya hanya beri pandangan, anda fikir dan buat keputusan.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...