Monday 13 August 2012

Pisau dan kipas berkualiti tinggi Sungai Petani


Salam dan selamat sejahtera,
Dalam kegilaan usaha menilai bilah pisau yg paling mahal boleh ditayang pada kawan terbaik, anda perlu ambil kira tebal, lebar, panjang dan tujuan kegunaan bilah berkenaan. Kebanyakan bilah pisau yang baik adalah logam jenis kuat dan rapuh. Menjadi tidak tepat suatu maklumat itu kepada semua pengunjung pisaubelantara jika saya secara membabi-buta mengumumkan sejenis logam tertentu paling kuat sedangkan tebal, lebar, panjang dan kegunaan langsung tidak diambil kira.

Selain dari jenis logam, pengeluar dan pembeli juga terikat kepada rupa bentuk pisau berkenaan. Untuk menarik minat pembeli bertuah diseluruh dunia termasuklah anda semua, keadaan pisau perlulah nampak hensem, cantik dan untuk itu beberapa pengubahsuaian dilakukan ke atas pisau menyebabkan wujudnya kelemahan kepada struktur bilah berkenaan. Memang pada setiap pisau yg mahal tertera kod kekerasan logam, tapi itu tidak menjamin pisau berkenaan tak akan patah. Dan lagi kod itu langsung tak membantu anda sebagai pengguna biasa kecualilah jika anda terlibat dalam aktiviti profesional dan industri.

Apabila anda semua semakin mengenali jenis logam, adalah lebih baik lagi jika anda ambil tahu kesemua perkara berkaitan tentang kekuatan berasaskan kod kekerasan, mudah asah atau pun tidak, batu asah jenis apa untuk menajamkan bilahnya dan lain-lain lagi. Kesemua maklumat berkenaan membawa sahabat semua ke arah menilai sendiri jenis sesuatu logam berkenaan dan seterusnya ke arah berkeping-keping Ringgit Malaysia. Perlu diingat, adakah pengeluar bersungguh-sungguh membuat bilah pisau hebat dan hensem supaya ianya boleh dijual dengan harga yang murah?

Biasanya kita suka beli pisau yang terbaik tetapi kita lupa tentang syarat dan pantang-larang penjagaannya. Perkara ini terjadi pada diri saya sendiri bila batu asah cap dayak baru beli yg saya guna menjadi tajam, bilah pisau kesayangan rosak, tumpul dan sedih serta syahdu.

Mari saya cerita sedikit perihal pisau Victorinox Swisschamp milik saya yang sekian lama bersama-sama menemani kehidupan semasa susah dan senang...ewahhh.

Sabtu lepas isteri tersayang merap mengadu panas kat ruang meja makan sebab kipas siling rosak. Alahai dekat-dekat nak raya ni banyak pula pakai duit. Buat geram sekali hari tu beli kipas siling KDK baru (Kipas KDK tahan lama!) dekat kedai berhampiran rumah Datuk Undang dan pasang sendiri sebab saya kedekut tahu.

Semua kerja-kerja pemasangan kecuali yang melibatkan bolt dan nut saya gunakan Swisschamp. Tool paling banyak guna pisau dan screwdriver flat. Tool berkenaan langsung tak bercalar bro!

Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

1 comment:

  1. Asalam saya beli pisau lapah victorinox ok tk pisau ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...