Tuesday 7 August 2012

Burger di Nagalilit dan Market Tikam Batu

Salam dan selamat sejahtera,


Nampak sedap ler pulak..hehe
Masih ingat lagi pada tahun 90-an, setiap Rabu dan Jumaat saya ada kerja penting. Iaitu bekerja part time menjual burger di pasar malam Nagalilit dan market Tikam Batu. Kebiasaan kerja saya di sebalik tabir iaitu memotong bawang, tomato, kobis (Kalau salad tiada) dan kadang-kadang penyedia dressing (Tukang sediakan sayur-sayuran atas roti burger).

Sebagai pemotong sayur perkara paling seronok yang dilakukan ialah pergi shopping bahan-bahan berkenaan di kedai yang berhampiran. Masa inilah yang saya guna untuk mencuci mata tengok awek-awek memilih sayur-sayur yang segar lebih-lebih lagi buah tomato. Mestilah saya pilih yg terbaik sebab saya yang kena potong. Sahabat-sahabat semua, kalau pisau anda kurang tajam, cubalah potong nipis-nipis buah tomato lembik.

Pada masa itu pisau yang paling saya suka ialah brand Kiwi buatan Thailand. Masa baru beli pisau ini tersangatlah tajam dan memang terbaik untuk potong makanan. Tapi bila dah tumpul, tajam pisau ini bergantung kepada kehandalan pemilik mengasahnya.

Habis sudah kisah silam, tadi siang dah hantar pisau lapah Buck Gen 5 milik abang Gomen. Lawa sungguh hulu pisau beliau.
 

 Abang Gomen, jangan lupa bergambar dengan pisau Buck Gen 5, bila tiba raya nanti.
  Gaya standard dari model tangan gemuk

Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...