Friday 9 March 2012

Pisau sebagai teman?

Salam dan selamat sejahtera,
Ada pembeli tanya, "Dah selalu jual pisau banyak-banyak ni, pisau apa encik guna/bawa?". Mungkin untuk sesetengah orang, menceritakan apa yang kita guna/bawa seperti mendedahkan senjata kepada pihak lawan.
 Tapi untuk saya, pisau adalah teman baik saya sejak kecil. Zaman budak-budak saya bukan di taman permainan, tapi di kebun getah yang penuh semak-samun, hutan bemban, hutan yang setaraf umur 5~10 tahun masuk sorang-sorang. Bermula dengan pisau sekupang/seposen dan terebay/lastik/slingshot tergantung dileher, redah semak cari "makanan" konon-konon nasi dan lauk kat rumah tak cukup..cari burung-burung yang kurang bernasib baik. Mana yang kena, cepat-cepat sembelih dengan pisau sekupang, bersiang/lapah dan bakar agak-agak masak dan baham macam singa lapar. Nasib baik masa tu tak ada selsema burung, kalau tidak tak berjumpalah kita di dalam blog ini...hahah
Masa berlalu dengan cepat sekali, sekarang dah ada anak dan mereka langsung tak melalui kehidupan seperti yang saya sebutkan tadi.
Berbalik kepada pisau sebagai teman, biasanya pisau yang saya bawa bergantung kepada aktiviti pada hari tersebut. Memandangkan kerja saya seharian bukanlah kerja berat yang memerlukan pisau/alat yang besar, saya cuma bawa Leatherman MICRA.
 Kadang-kadang isteri seperti risau dan tidak faham kenapa perlu dibawa Leatherman MICRA semasa membawa keluarga berjalan-jalan. Kebetulan soalan ditanya semasa anak saya yang paling kecil sedang terkial-kial berdiri di atas kerusi untuk menyedut straw yang panjang. Lantas saya buka MICRA dan gunting straw menjadi pendek. Seterusnya dengan cepat saya tutup kembali MICRA, cium pada handle nya dan simpan kemas ke dalam poket. Anak saya sangat seronok sebab straw pendek mudah diminum, manakala isteri pula mencebih mulut sambil berkata "huh, belagak!". Saya cuma tersenyum, semua soalan dan kerisauan isteri terjawab di depan mata....heheh.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

1 comment:

  1. Betul tu. Puteri pun bawa Leatherman Micra dan Pisau lipat Gerber sebagai pisau EDC.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...