Friday 15 March 2013

Merajuk Dengan Pisaubelantara Chemor

Salam dan selamat sejahtera,
Kadang-kadang bila ada masa terluang, saya akan mengenang kembali awek-awek kisah-kisah lama. Sebenarnya lebih kepada kejayaan dan kegembiraan di masa lalu. Ianya bukanlah bertujuan untuk membanggakan diri sendiri tidak bertempat tetapi sebenarnya menjana masa depan supaya buat banyak kali dengan lebih baik lagi. Rasa gembira dan bahagia bila berjaya mendapatkan pisau impian anda. Terima kasih kerana memilih saya untuk sama-sama bergembira bila pisau yang anda ingin sudah berada di dalam genggaman tangan.
Walau bagaimana pun sebenarnya ada peminat-peminat di luar sana yang bersedih hati. Pisau yang diimpikan gagal dicari dan ada juga langsung tak kunjung tiba. Setakat ini ada dua kes:
1) 1 Pisau Rambo dari USA - Hilang, berkemungkin besar hilang di Malaysia.
2) 1 Pisau + 1 Pisau hadiah dari Pisaubelantara - Poslaju hantar balik ke Pisaubelantara sebab orang tak ada kat rumah semasa dihantar dan selepas itu tuan punya pisau langsung tak tuntut barang dari Poslaju.
Untuk kes pertama, jangan risau Pisaubelantara akan tanggung kos pembelian kali kedua dan jika anda menangis merajuk dan tidak mahu lagi menunggu, wang anda dikembalikan kesemuanya.
Kali ini saya nak kenalkan anda dengan pisau buatan Malaysia, Pandai Besi Johor. Finishing yang kemas dan cantik.




Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...