Sunday 3 March 2013

Jumpa Penyokong Pisaubelantara Di Mana?

Salam dan selamat sejahtera,
Hujung minggu ini 1~2 March 2013 merupakan hujung minggu paling sibuk bagi saya. Dalam masa dua hari, saya keluar berjumpa dengan peminat-peminat Pisaubelantara (Pamer dan hantar alat yang dipesan). Nasib baik kebanyakkan dari mereka datang berkumpulan. Kalau datang seorang demi seorang, dua hari itu memang tak cukup.
Saya telah ditegur secara teguran membina oleh penyokong kuat dan kesannya memberikan saya lebih idea serta lebih berfikiran terbuka. Pada post yang lepas, saya ada menyatakan kerisauan jika terkurang layanan yang mungkin saya berikan bila berdepan dengan kumpulan penyokong yang lebih besar pada satu masa.
Akan tetapi saya sebenarnya telah terlupa akan sesuatu yang sedang berlaku dan ianya adalah kenyataan iaitu penyokong Pisaubelantara semakin lama bertambah ramai dan menjadi besar.

Saya juga lupa bahawa begitu ramai peminat-peminat Pisaubelantara di luar sana hidup terasing, kesunyian disebabkan tidak berjumpa/menemui rakan-rakan lain di seluruh pelusuk Malaysia yang mempunyai minat pelik yang sama. Pada hal perkara itu sebenarnya merupakan masalah diri saya sendiri suatu masa dahulu.

"Kenapa tidak, awak gabungkan kita semua bersama dalam satu perjumpaan supaya kami kenal antara satu sama lain serta boleh bertukar-tukar pendapat dan mungkin juga bersepakat meluaskan aktiviti bersama". Itulah yang disarankan oleh Group Kontraktor Muda dan Datuk Kuning kepada saya, kata-kata ini diluahkan pada hari yang sama perjumpaan tetapi masa yang berlainan. Tambahan mereka lagi, jika saya masih mengamalkan kaedah berurusan sekarang, saya akan jadi kelam-kabut dan sangat letih.

Terima kasih atas keperihatinan dan teguran yang sangat membina, serta sokongan padu yang diberikan kepada Pisaubelantara.

Mungkin ramai yang bersetuju idea perjumpaan gabungan ini, walau bagaimana saya berpendapat kita perlu mendengar pendapat penyokong yang lain. Oleh itu saya sediakan satu ruang khas di Facebook untuk anda komen sepuas hati. Siapa setuju, angkat tangan?
Sila copy & paste link ini pada browse:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=442467479157319&set=a.249240681813334.56275.249237161813686&type=1&theater

Selalulah menjengah http://www.facebook.com/Pisaubelantara

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...