Tuesday 2 July 2013

Pisaubelantara pulang ke pangkuan keluarga

Salam dan selamat sejahtera,
Terima kasih kepada semua yang bertanyakan khabar, saya tahu anda sangat perihatin dan sering mengunjungi blog ini.
Mohon maaf
Mohon maaf kepada semua peminat serta pengunjung setia kerana beberapa minggu yang lepas saya begitu menumpukan sepenuh perhatian terhadap projek baru dan alhamdulillah ianya berjaya seperti yang dicitakan. Ia sesuatu yang lebih baik untuk saya, keluarga dan seterusnya sahabat-sahabat semua.

Apa yang baiknya kepada anda semua?
Masa menunggu peralatan yang ditempah dari Pisaubelantara akan lebih cepat lagi kerana saya akan mula bekerja di Kulim, Kedah pada 2 September 2013. Jadi saya akan bekerja di Ipoh sehingga 31 Ogos 2013 iaitu hari MERDEKA.

Secepat mana?
Sebagai contoh, jika pisau saya terima pada hari Selasa, keesokan harinya atau lusa, saya dah boleh hantar menggunakan poslaju ke tempat sahabat semua. Berbanding sebelum ini, hanya pada setiap hujung minggu sahaja saya pulang ke Sungai Petani dan pos peralatan anda.

Sebenarnya Pisaubelantara masih aktif menerima tempahan pusau seperti biasa. Jadi apa cerita basi yang telah berlaku pada minggu yang lalu?
1) Seorang sahabat yang membuat liputan penuh tragedi di Belaga telah menerima Cold Steel Trail Master.
2) Sahabat yang memiliki dagger Colichemarde telah menerima Buck 120 dan Ka-bar 1217.
3) Diaz pengunjung setia facebook Pisaubelantara akan menerima Esee Izula with kit, Spyderco Tenacious dan Kershaw.
4) Saya sendiri tukar pisau EDC, Cold Steel Mini Tuff Lite

Pisau baru
Peralatan baru yang akan tiba nanti semuanya milik orang. Jika anda mahu silalah buat tempahan.
1) Buck Diamond Stone - Tempahan Datuk Kuning
2) Buck Kalinga - Sahabat Pengumpul - Cemburu tengok almari cermin beliau.
3) Ka-Bar 1217 - Sahabat Baru
4) Leatherman Wave - Sahabat Baru
5) Maxpedition Volta dan H1 - Datuk Undang - Semakin unik tempahan beliau.
6) Cold Steel Recon Tanto - Sahabat Baru - Katanya nak potong sayur kat dapur. Cabut lari nanti ahli mesyuarat tingkap bila ternampak pisau ini.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...