Apa masalah anda?
Ke mana saja pergi, saya sentiasa membawa multitool. Nak repair apa? Kenapa bawak pisau? Malas sebenarnya untuk saya menjawab soalan-soalan begini yang sering dilontarkan oleh rakan sekeliling termasuklah teman hidup saya sendiri. Membawa multitool setiap hari sebagai teman adalah salah satu langkah bersedia dalam memudahkan/menyelesaikan masalah remeh yang berlaku secara tiba-tiba. Multitool yang anda bawa bukan sahaja memudahkan kerja anda malahan ia mungkin membantu orang lain yang menghadapi masalah. Pernahkah anda terfikir masalah-masalah sebegini.1) Memerlukan pembaris untuk mengukur. Contoh saiz skru
2) Selumbar yang tercucuk pada kaki tangan sendiri atau orang lain
3) Membuka skru bateri kereta atau motosikal
4) Memerlukan skrewdriver + atau - untuk mengetatkan skru yang longgar dengan kadar segera.
5) Membuka kotak
6) Memotong tali
7) Memegang benda panas
8) Membuka tin
9) Memotong dawai
10) Dan lain-lain lagi.
Bila terkena pada hidung sendiri, lebih-lebih lagi pada masa dan tempat yang salah, barulah menyesal dan cuba mencari-cari alat pada tempat yang tidak pasti. Bawalah satu multitool yang mudah dan selesa. Walaupun kecil, ia pasti membantu anda.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"
~pisaubelantara~
No comments:
Post a Comment