Salam dan selamat sejahtera,
Selepas 4 tahun di Ipoh,Akhirnya saya dapat kembali semula kepada kehidupan normal macam dulu. Melihat anak membesar di depan mata dan perhatian yang lebih diberikan. Tinggi harapan saya agar mereka semua berjaya dalam kehidupan dan masa depan. Saya yakin dan percaya anda semua pun begitu juga.
Hari ini hari raya korban yang kedua. Nampaknya ramai yang masih belum memahami bagaimana hendak menempah pisau dari Pisaubelantara. Oleh kerana majoriti menempah pisau mengikut impian masing-masing yang mana langsung tak sama antara satu sama lain, saya berkeputusan untuk tidak menyimpan stok yang banyak di Pisaubelantara. Lagi pun ke semua pisau perlu di selenggara walaupun bilahnya stainless steel. Anda semua perlu tahu, stainless steel bukanlah takkan karat sampai bila-bila. Ia akan berkarat, cuma mungkin lambat berbanding logam-logam lain.
Raya korban kali ini ramai yang hubungi saya pada saat-saat akhir untuk mendapatkan pisau lapah yang diimpikan. Mohon maaf, pisau yg ada, sedikit sahaja bilangannya.
Jika tempah hari ini, biasanya 2 hingga 3 minggu baru sampai. Untuk menempah, saya perlukan deposit (Biasanya penuh). Jika saya gagal bawa masuk/dapatkan pisau anda, jangan risau, duit anda tak hilang, jaminan saya ke semua wang anda akan dikembalikan.
Pisau kali ini, Cold Steel GI Tanto tempahan dari Datuk Aman, Kelantan. Sebelum GI Tanto beliau telah pun menerima sebilah Bear Grylls Ultimate dan akan
dating dating Pisau Ka bar 1217.
Terima kasih atas sokongan anda.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"
~pisaubelantara~