Saturday 27 April 2013

Rujukan EDC Kershaw Ka-Bar Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,

EDC, EDC, EDC, EDC...Semakin ramai orang bercakap tentang EDC. Apa itu EDC? EDC adalah singkatan perkataan bahasa inggeris yang bermaksud EveryDay Carry. Perhatikan huruf-huruf besar dikembangkan.  Dalam tajuk EDC kali ini saya nak kongsi bersama beberapa perkara penting yang perlu anda fikirkan sebagai EDC. Mungkin saya akan selitkan pendekatan secara melawak tetapi apa yang saya harapkan dari anda adalah pemahaman yang cuba saya sampaikan.


EDC
EDC sebenarnya adalah satu persediaan khas yang dibawa bersama dan peralatan yang dipilih seharusnya berdasarkan perkara-perkara yang anda fikirkan mungkin akan berlaku dan ianya mestilah berkaitan dengan aktiviti anda. Ia bukanlah peralatan biasa yang anda bawa bersama sebagai contoh mudah lampu suluh kecil yang diikat sebagai rantai kunci. Adakah anda menggunakan lampu suluh setiap malam? Tidak, bukan? Tetapi apabila diperlukan, anda muncul berbeza dari orang lain dan tidak meraba-raba di dalam gelap. Kenapa saya kata anda berbeza? Sebabnya anda telah memilih untuk bersedia.

Peralatan EDC seharusnya kecil serta mudah dibawa dan seboleh-bolehnya tidak mengganggu postur badan anda. Contohnya multitool kecil seperti Leatherman Micra, simpan saja dalam poket kecil seluar jeans anda.

Jika anda tidak malu untuk berbincang dengan rakan-rakan tentang EDC, anda akan berjumpa dengan  peminat-peminat EDC yang lebih tinggi tahap imaginasinya, dan sudah tentulah lebih banyak lagi alat-alat pelik yang sengaja diada-adakan. Contohnya saya sentiasa bawa gergaji kayu ke mana-mana sahaja. Pelik bukan? Saya pernah melalui pengalaman memandu semasa ribut dan tiba-tiba pokok tumbang menghalang jalan. Malangnya saya agak tergesa-gesa untuk cepat dan saya tak ambil gambar sebagai bukti. Pada waktu itu, tersangatlah jelas bahawa saya seorang sahaja yang muncul bersama-sama pembantu terhebat. Hari itu dalam sejarah, gergaji saya telah membantu ramai orang. Saya percaya ramai lagi peminat-peminat EDC di luar sana yang mempunyai cerita yang lebih hebat lagi, dialu-alukan kongsi di ruangan komen di bawah.

Akan datang, pisau lipat kecil EDC Kershaw Chive (RM220) dan Pisau besar KABAR 1217 (RM400). Kedua-duanya Made in USA.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday 24 April 2013

Bilah Logam 154CM Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,

Logam 154-CM
Ini bukan bermaksud bilah sepanjang 154 sentimeter.Sebenarnya ia merupakan sejenis keluli tahan karat yang ditambah logam Mangan dengan bertujuan menjadikan ianya keras dan kuat. Sudah semestinya bilah ini lebih baik dari logam siri 400. Jadi jika anda ada terlihat sesiapa yang menggunakan bilah pisau jenis ini, terimalah kenyataan bahawa itu adalah antara pisau yang terhebat serta mahal dipasaran.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Friday 19 April 2013

Jadikan Pisaubelantara Sebagai Rujukan Pisau Anda 2

Salam dan selamat sejahtera,
Anda suka bilah mudah berkarat atau susah berkarat/Stainless Steel?
Kebanyakan keluli keras mudah berkarat terdiri dari jenis 1095, 1084, 1070, 1060, 1050 dan lain-lain lagi. 1095 adalah keluli yang mempunyai jumlah karbon yang sangat tinggi, paling popular kerana ia mempunyai kekerasan yang tinggi, tahan haus dan mudah untuk diasah. Keluli ini cukup mudah berkarat jadi ianya memerlukan penjagaan yang lebih baik. Rajin-rajinlah sapu minyak bila hendak simpan. 1050 pula adalah keluli yang rendah jumlah karbonnya jadi kekerasannya kurang dari 1095 akan tetapi kekuatannya sangat baik.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"  

~pisaubelantara~

Maxpedition Spartan @ Pisaubelantara

Salam dan selamat sejahtera,
Nampaknya Kontraktor muda sedang membuat pembaikan EDC milik beliau. Kali ini dompet Maxpedition Spartan dan Leatherman Wave yang ditempah telah tiba.

Maxpedition Sparta - Saya pun guna, warna hitam. Memang best!

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Monday 15 April 2013

Pemilihan Pisau: Jadikanlah Pisaubelantara Sebagai Rujukan Anda

Salam dan selamat sejahtera,
Apa yang anda mahu lakukan dengan pisau mahal anda?
Soalan yang sangat mudah untuk anda sendiri menjawabnya dan menjadi penentu pisau bagaimanakah yang perlu anda pilih.

Teliti
Untuk memotong benda kecil dengan mudah, pilihlah pisau berbilah kecil. Sebagai permulaan yang baik pilih panjang bilah 2~4 inci. Biasanya pisau bersaiz kecil mempunyai hujung kecil tajam untuk memotong benda kepada saiz kecil dan halus, lebih ringan dan mudah dikendalikan serta tidak letih/lenguh. Pisau kecil ringan boleh dibawa sebagai EDC dan tidak membebankan. Contoh: Cold Steel Pendleton lite RM150 (Ada dalam stok Pisaubelantara), Victorinox dan lain-lain.

Kasar
Pilihlah mana-mana panjang bilah dan ia seharusnya yang tebal dan kuat, tahan dengan kerja kasar/lanyak yang hendak dilakukan. Contoh: ESEE 5 RM870. Made in USA. (Ada dalam stok Pisaubelantara)

Hiris
Untuk penyediaan makanan, panjang bilah yang sesuai ialah 4-6 inci, manakala bilah lebih panjang boleh juga digunakan  iaitu 6-8 inci dan mempunyai keratan rentas yang nipis.

Lapah
Bilah mestilah sederhana panjang dengan lengkung menaik bentuk pisang. Bilah yang melengkung panjang dan lebar menambahkan keupayaan pengguna/pemilik melapah bahagian kulit sehingga ke hujung tajam pisau. Bahagian hujung hampir bulat untuk menghalang dari terpotong bahagian penting atau yang tidak mahu diusik. Pisau ini mestilah ringan untuk mengurangkan keletihan dan lenguh semasa dikendalikan. Sesetengah pisau mempunyai cangkuk usus, kegunaannya ialah untuk membelah kulit bahagian perut, memotong serta membelah usus dan lain-lain lagi. Anda perlu betul-betul mahir dengan pisau jenis ini kerana dikhuatiri bahagian cangkuk usus akan mengganggu bahagian-bahagian lain yang penting. Stok Pisaubelantara ada sebilah Marttiini Skinner. RM220 sahaja. Made in Sweden.


Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Monday 8 April 2013

Survival Knife Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh bawa bersama anda semasa melakukan aktiviti luar adalah survival knife. Memilih pisau yang betul akan memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan anda pada waktu itu. Mempunyai pisau yang bersesuaian dan baik membolehkan anda membuat peralatan yang lain seperti membina perangkap, menyediakan makanan, menyediakan bahan mentah, memburu, membina tempat perlindungan, dan lain-lain. Senarai kebolehan dan kemampuannya sangat panjang memandangkan ia menjadi alat yang paling berguna dan yang paling ketara ialah ianya pelbagai guna.

Nama-nama lain untuk pisau seperti ini juga dikenali sebagai memburu, bushcraft, utiliti, hutan, perkhemahan dan pisau pertempuran. Masing-masing mempunyai bentuk bilah yang berbeza sesuai dengan keadaan dan situasi yang berbeza serta kegunaan. Saya akan cuba untuk jelaskan beberapa perbezaan tetapi jika anda mempunyai pendapat yang berlainan, marilah kita kongsikan bersama - Sila komen di bawah. Walau bagaimanapun, ramai yang sering berpendapat pisau survival perlu mempunyai bilah yang kuat dan dapat menyelesaikan pelbagai keadaan dan situasi.
Memilih pisau yang betul memberikan perbezaan hasil yang ketara apabila melakukan sesuatu tugasan yang mudah atau sukar. Ada beratus-ratus bentuk bilah dan saiz yang berbeza, dan dibentuk dari pelbagai logam dan bahan-bahan yang berbeza. Sukar untuk membuat pilihan, dan sebenarnya tidak wujud ayat 'pisau survival yang terbaik'. Ada bentuk pisau yang sangat baik untuk tugas tertentu tetapi ianya tidak boleh menyelesaikan semua perkara. Sebagai contoh untuk memotong buah, anda mungkin memilih bilah yang lebih kecil dan untuk mencincang, pisau yang lebih besar dan berat diperlukan. Oleh sebab itu ramai peminat aktiviti luar mempunyai lebih daripada sebilah pisau. Nanti kita sambung lagi sebab sedang jual kek di kedai milik isteri.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Cold Steel Ti-Lite 13 inci Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Akhirnya ada juga sedikit ruang untuk saya update pisau terbaru yang sampai di Pisaubelantara.
Pisau kali ini milik seorang collector yang juga Cold Steel Fan. Semoga beliau gembira menerima pisau sepanjang ~13inci (Terbuka) ini. Bilah saja dah 6inci. Harga RM330.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
 Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...