Sunday 23 December 2012

Senyum Kambing Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Biar pun saya ada menyimpan sebilangan kecil stok pisau dan multitools baru, saya sebenarnya lebih suka pengunjung Pisaubelantara membuat keputusan sendiri dalam pemilihan alat yang dikehendaki. Alasan yang mudah supaya anda faham kenapa saya berbuat demikian, "Tangan saya gemuk" dan saya langsung tidak tahu manahu saiz tangan anda. Jika anda mampu untuk membuka iklan Mudah dan baca blog saya sudah tentu anda juga mampu untuk melihat dan mendengar review pisau yang anda ingini di Youtube. Bila review yang dibuat negatif, jangan terus reject pisau yang diingini. Hayati dan fahami apa yang dikomen oleh individu berkenaan. Kadang-kadang ujian ke atas pisau amatlah keterlaluan sehinggakan mustahil untuk berlaku kepada si pemakai. Jangan tergopoh-gapah dan nilailah setiap review yang ada dengan bijak.
Perlu diingat biar pun anda telah membeli/mempunyai pisau paling mahal, paling tahan dan paling hebat dari Pisaubelantara bukanlah bermaksud anda boleh lanyak, tetak ikut suka dan bermacam-macam lagi. Perasaan sayang perlu ada pada setiap pisau yang anda beli biar pun ia hanyalah pisau sekupang/seposen cuma. Saya bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, bila pisau yang dibeli berharga setengah bulan gaji pada masa itu (Kerja part time kat KFC Sungai Petani - kadang-kadang RM280/sebulan) sumbing. Bila segalanya ditetak, termasuklah batu dan besi, pisau saya yang hebat tadi terus jadi pisau paling lawak dalam hutan.

Dalam keadaan letih dan menyesal serta ada rasa sedih sikit sebab sepatutnya saya beli kasut sukan NIKE AIR sambil mengasah kembali bilah pisau yang sumbing, saya terfikir sejenak serta tersenyum kambing. "Dalam kehidupan setiap orang ada dungunya, cuma tak tahu bila ianya akan terserlah"...hahahah
Sehingga post ini ditulis, 3 pisau kesayangan saya telah menjadi korban akibat kedegilan serta kejahilan yang melampau.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaublantara~

Peralatan Makanan Haruslah Bersih Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
"Bro, tolong syorkan tools EDC (Every Day Carry). Saya buntu bila tengok banyak sangat model yang ada".
Macam nilah bro, hayatilah cerita mengenai saya ini. Kerja saya seharian adalah memeriksa kualiti keluaran mesin di sebuah kilang berdekatan pekan Ipoh. Menurut kata Boss saya, "Sebagai Process Eng., tangan you takkan kotor" tapi menurut pendapat saya pula, kalau tangan langsung tak kotor macam mana nak tau mesin sakit apa?. Jadi setakat kerosakan minor, sikit-sikit memang saya sentuh mesin. Multitool yang menemani saya memang kecil, Leatherman Squirt PS4. Kemana-mana pun saya akan bawa.
Apa yang ada pada Leatherman Squirt PS4?
1) Gunting - Gunting straw anak perempuan bila pergi makan.
2) Pisau - Buka plastik makanan ringan anak-anak saya.
3) Screwdriver - Buka ruang bateri mainan anak saya.
4) Kikir/File - Buang bur/lebihan tajam pada permukaan supaya anak tak cedera.
5) Pembuka botol - Buka tin minuman bila anak saya terpatahkan pembuka.
6) Playar - Buat benda-benda kreatif supaya anak tak bosan semasa di kampung.
Bila waktunya guna untuk repair mesin di kilang? Langsung TIADA! Kalau nak repair mesin, pakai saja tools yang disediakan oleh kilang.
Saya bukan kedekut kepada diri sendiri, sebenarnya produk keluaran kilang saya mengandungi racun, jadi sebab itu saya hadkan penggunaan Squirt PS4 untuk makanan dan yang tersayang sahaja.
Leatherman Blast - Sukar didapati sekarang
Untuk multitool yang lebih besar saya lebih suka guna Leatherman Blast. Ia lebih ringan dan selesa. Kalu ikutkan hati, saya lebih suka Leatherman Wave tapi untuk saya ianya berat dan sangat mengganggu keselesaan jika dibawa ke hulu dan ke hilir. Keselesaan kepada diri sendiri merupakan pilihan utama saya dalam pemilihan tools sebagai EDC.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu. "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Spyderco Ambitious Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Kali ini saya berkeputusan untuk membawa pisau lipat jenama Spyderco sebagai teman. Seperti biasa sebelum membeli pisau untuk diri sendiri, saya akan melakukan survey secara melihat gambar dalam internet dan review yang dibuat oleh peminat-peminat pisau dari luar negara (Bertulis dan video). Anda mungkin mempunya pendapat yang tersendiri tetang Spyderco dan pada pendapat saya pula, pisau jenama Spyderco adalah untuk individu/peminat yang sukakan bilah pisau berlubang yang menyamai kepala haiwan dan berbentuk comel.

Ya perkataan terbaik "comel" dan bukannya hensem. Saya pilih Spyderco Ambitious sebab bilahnya pendek, lebar, ada safety lock dan lebih murah berbanding yang lain. Ketajaman pisau ini sangat mengkagumkan. Setakat kertas printer A4 mudah saja dicincang.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Leatherman Style + LED Lenser (Terang)

Salam dan selamat sejahtera,
Entah kenapa tubuh badan berusia 37 tahun ini menjadi semakin kurang lasak. Selama dua minggu berturut-turut kesihatan saya agak merosot, demam panas, selesema dan batuk. Kali ini lambat sungguh proses penyembuhan. Kebanyakan sahabat-sahabat saya mengaku kesan-kesan penuaan terasa bila umur mencecah 35 tahun. Apa pendapat anda?

Hari ini merupakan hari istimewa kepada isteri saya. Tahun ini, isteri saya dapat Leatherman Style (Merah Jambu) + LED Lenser kecil sebagai teman pada kunci kereta miliknya. Hadiah ini datang dalam kotak tin khas dari Leatherman. Selamat hari lahir, sayang.


Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Saturday 15 December 2012

Rambo 3 melawat Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Pisau outdoor terhebat di Pisaubelantara pada tahun 2012 dimiliki oleh Datuk Bond. Design dan finishing  yang cantik mungkin akan menyebabkan pemiliknya membuat keputusan untuk simpan dalam almari cermin + spotlight di rumah. Nikmatilah gambar-gambar yang di ambil oleh model Tangan Gemuk. Harga RM480 termasuk pos.

 Nampaknya Tangan Gemuk pun tak match.



Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Friday 14 December 2012

Cold Steel Pendleton Lite di Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Rasa kecewa betul bila Pisaubelantara jual pisau murah dikatakan jual pisau tiruan. Betapa banyaknya masa yang terbuang dan kesusahan yang dialami untuk memastikan pisau yang saya dapat dan jual kepada anda semua memang original. Saya agak cerewet tok nenek teliti dalam pemilihan supplier dan runner,  bukan setakat itu saja, setiap pisau baru yang tiba, saya akan terus hubungi pihak pengeluar untuk memastikan keasliannya. Untuk pengunjung/peminat yang mahukan harga pisau jauh lebih tinggi dari yang disyorkan oleh Pisaubelantara, kesudian anda amatlah dialu-alukan. Serious! Jika harga yang anda ketagih sukakan itu memberikan keyakinan, kepuasan serta menguatkan kepercayaan anda bahawa pisau itu adalah original terus terus-terang saya ucapkan I love you, brother!(Sambil kedua-dua jari telunjuk menghala ke arah anda).

Untuk pengunjung yang cintakan sedang mencari pisau memburu yang bersaiz kecil, Pisaubelantara kini ada Cold Steel Pendleton berharga RM150 termasuk pos.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Monday 10 December 2012

Leatherman banyak dengan harga special Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Walaupun hanya 4 orang saja yang sudi mengundi tool dengan harga special, saya sedaya upaya cuba memenuhi permintaan mereka.
Kepada sesiapa yag berminat dengan Leatherman dan LED Lenser, sila hubungi saya dan sertakan separuh harga deposit sebagai bukti kesungguhan.
  
Harga untuk 2 multitool di atas: RM260 termasuk pos


Harga untuk 2 multitool di atas: RM170 termasuk pos 
 Harga untuk 2 multitool di atas: RM480 termasuk pos

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda. Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...