Monday 13 August 2012

Pisau dan kipas berkualiti tinggi Sungai Petani


Salam dan selamat sejahtera,
Dalam kegilaan usaha menilai bilah pisau yg paling mahal boleh ditayang pada kawan terbaik, anda perlu ambil kira tebal, lebar, panjang dan tujuan kegunaan bilah berkenaan. Kebanyakan bilah pisau yang baik adalah logam jenis kuat dan rapuh. Menjadi tidak tepat suatu maklumat itu kepada semua pengunjung pisaubelantara jika saya secara membabi-buta mengumumkan sejenis logam tertentu paling kuat sedangkan tebal, lebar, panjang dan kegunaan langsung tidak diambil kira.

Selain dari jenis logam, pengeluar dan pembeli juga terikat kepada rupa bentuk pisau berkenaan. Untuk menarik minat pembeli bertuah diseluruh dunia termasuklah anda semua, keadaan pisau perlulah nampak hensem, cantik dan untuk itu beberapa pengubahsuaian dilakukan ke atas pisau menyebabkan wujudnya kelemahan kepada struktur bilah berkenaan. Memang pada setiap pisau yg mahal tertera kod kekerasan logam, tapi itu tidak menjamin pisau berkenaan tak akan patah. Dan lagi kod itu langsung tak membantu anda sebagai pengguna biasa kecualilah jika anda terlibat dalam aktiviti profesional dan industri.

Apabila anda semua semakin mengenali jenis logam, adalah lebih baik lagi jika anda ambil tahu kesemua perkara berkaitan tentang kekuatan berasaskan kod kekerasan, mudah asah atau pun tidak, batu asah jenis apa untuk menajamkan bilahnya dan lain-lain lagi. Kesemua maklumat berkenaan membawa sahabat semua ke arah menilai sendiri jenis sesuatu logam berkenaan dan seterusnya ke arah berkeping-keping Ringgit Malaysia. Perlu diingat, adakah pengeluar bersungguh-sungguh membuat bilah pisau hebat dan hensem supaya ianya boleh dijual dengan harga yang murah?

Biasanya kita suka beli pisau yang terbaik tetapi kita lupa tentang syarat dan pantang-larang penjagaannya. Perkara ini terjadi pada diri saya sendiri bila batu asah cap dayak baru beli yg saya guna menjadi tajam, bilah pisau kesayangan rosak, tumpul dan sedih serta syahdu.

Mari saya cerita sedikit perihal pisau Victorinox Swisschamp milik saya yang sekian lama bersama-sama menemani kehidupan semasa susah dan senang...ewahhh.

Sabtu lepas isteri tersayang merap mengadu panas kat ruang meja makan sebab kipas siling rosak. Alahai dekat-dekat nak raya ni banyak pula pakai duit. Buat geram sekali hari tu beli kipas siling KDK baru (Kipas KDK tahan lama!) dekat kedai berhampiran rumah Datuk Undang dan pasang sendiri sebab saya kedekut tahu.

Semua kerja-kerja pemasangan kecuali yang melibatkan bolt dan nut saya gunakan Swisschamp. Tool paling banyak guna pisau dan screwdriver flat. Tool berkenaan langsung tak bercalar bro!

Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Saturday 11 August 2012

Salam dan selamat sejahtera,
 
Hari ini beg Maxpedition Lunada milik Datuk Undang dah sampai. Beg taktikal ini sebenarnya sangat sesuai untuk sesiapa saja yang ada mempunyai pucuk dan laras.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
 Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Tuesday 7 August 2012

Dompet Raya Victorinox Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,

Walaupun kali produk yang saya paparkan tidak boleh memotong, melapah dan sebagainya tapi ianya mungkin memukau mata sahabat-sahabat semua. Dompet raya dari Victorinox ini berharga RM150 termasuk pos.


Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Burger di Nagalilit dan Market Tikam Batu

Salam dan selamat sejahtera,


Nampak sedap ler pulak..hehe
Masih ingat lagi pada tahun 90-an, setiap Rabu dan Jumaat saya ada kerja penting. Iaitu bekerja part time menjual burger di pasar malam Nagalilit dan market Tikam Batu. Kebiasaan kerja saya di sebalik tabir iaitu memotong bawang, tomato, kobis (Kalau salad tiada) dan kadang-kadang penyedia dressing (Tukang sediakan sayur-sayuran atas roti burger).

Sebagai pemotong sayur perkara paling seronok yang dilakukan ialah pergi shopping bahan-bahan berkenaan di kedai yang berhampiran. Masa inilah yang saya guna untuk mencuci mata tengok awek-awek memilih sayur-sayur yang segar lebih-lebih lagi buah tomato. Mestilah saya pilih yg terbaik sebab saya yang kena potong. Sahabat-sahabat semua, kalau pisau anda kurang tajam, cubalah potong nipis-nipis buah tomato lembik.

Pada masa itu pisau yang paling saya suka ialah brand Kiwi buatan Thailand. Masa baru beli pisau ini tersangatlah tajam dan memang terbaik untuk potong makanan. Tapi bila dah tumpul, tajam pisau ini bergantung kepada kehandalan pemilik mengasahnya.

Habis sudah kisah silam, tadi siang dah hantar pisau lapah Buck Gen 5 milik abang Gomen. Lawa sungguh hulu pisau beliau.
 

 Abang Gomen, jangan lupa bergambar dengan pisau Buck Gen 5, bila tiba raya nanti.
  Gaya standard dari model tangan gemuk

Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Kapak Toklang Buck Sungai Petani

Salam dan selamat sejahtera,
Selamat berbuka puasa. Tak berapa hari lagi dah nak raya ni. Jadi kali ini saya bawakan kepada sahabat-sahabat semua kapak Buck untuk melaram, tayang kat ketua kampung dibawa ke dalam hutan atau hujung kampung mencari buluh meriam lemang.
Kapak ini baru, belum diasah (Tak tajam). Harga RM170 termasuk pos.

Tak kena dengan citarasa anda?
Sila call/SMS/Email saya dan beritahu bagaimanakah pisau idaman anda.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...