Thursday 29 March 2012

Terjumpa semula Taukeh Tramontina

Salam dan selamat sejahtera,
Balik dari bayar insuran kereta, terjumpa semula taukeh Tramontina. "Halo Syuko, lu mana pigi? Lama tak jumpa." Semenjak kedai pisau beliau tutup dan berpindah ke KL, saya terus lost contact. Kali ini benda pertama yang saya minta ialah nombor telefon taukeh untuk peluang dimasa hadapan. Selepas bersembang tepi jalan, baru dapat tahu rupanya masih ada beberapa bilah pisau tersimpan di rumah taukeh. Terus singgah rumah taukeh dan hangkut beli beberapa bilah pisau Tramontina. Tak dapat nak beli semua sebab baru bayar insuran kereta.

 Paling kiri RM90 dan yang lain RM60. Nanti saya tambah lagi gambar.
 
RM90
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10. 
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"  
~pisaubelantara~

Tuesday 27 March 2012

Bersembang Leatherman Super Tool 300 dan Sidekick

Salam dan selamat sejahtera,
Post kali ini cuma nak beritahu anda semua saya pernah ada Leatherman Supertool 300. Alat ini sudah pun menjadi milik sahabat dari Perak, setelah rancak bersembang tentang kehidupan dan masa lalu semalam.


Bila dapat tahu sahabat pun jual pisau, saya tayang lagi beberapa produk (Meracun). Sahabat beli lagi satu product, Leatherman Sidekick.


Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Friday 23 March 2012

Perbandingan saiz Leatherman

Salam dan selamat sejahtera,
Kepada sesiapa yg pernah melihat salah satu dari 3 model Leatherman ini, mungkin tertanya-tanya tentang saiz leatherman yang lain. Hari ini saya letak ketiga-tiga model bersama dan anda bandingkan saiz masing-masing. Paling kanan Blast, Wave dan paling hujung Supertool 300


Untuk harga setiap unit berkenaan, sila call/SMS/email saya.
Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
 Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"
~pisaubelantara~

Saturday 17 March 2012

Pre -order ZIPPO Original dari USA

Selepas iklan beg pinggang Zippo dalam Mudah.my, blog dan facebook, ramai yang beri feedback tanya pasal lighter Zippo. Buat masa sekarang ni, saya memang tak mampu boleh nak beli banyak-banyak dan letak iklan dalam semua media yang disebutkan tadi.
Memandangkan hampir kesemua barangan yang diiklan datang dari luar negara, maka anda semua perlulah mengambil kira tempoh penghantaran yang bukan sehari dua. Biasanya tempoh penghantaran mengambil masa 2~4 minggu.
Untuk mempercepatkan tempoh kemampuan kebolehan saya membeli barangan yang menjadi impian anda, saya syorkan bisnes secara pre-order.
Saya akan senaraikan (Bergambar) Zippo dalam blog ini berserta harga. Anda bayar dulu wang pendahuluan yang akan saya pamerkan. Bila barang dah sampai saya akan SMS/Email anda secepat mungkin. Anda selesaikan dulu baki harga dan selepas itu saya akan pos selaju yang mungkin dengan pos laju berserta tracking number. Amacam?

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"
~pisaubelantara~

Beg ZIPPO Original dari USA

Beg pinggang ZIPPO ini original dari USA. Sila teliti gambar untuk menentukan kesahihannya.
Harga RM65.



Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM5.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli" 
~pisaubelantara~

Thursday 15 March 2012

Siapa suka Zippo?

Salam dan selamat sejahtera,
Post seterusnya nanti saya akan masukkan beberapa model ZIPPO terpakai dan baru untuk dijual pada harga yang anda mampu. Nantikan pos akan datang.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Saturday 10 March 2012

BUCK Bantam datang lagi RM150

Salam dan selamat sejahtera,
Sampai saja 5 kotak pisau ni, terus SMS pelanggan yang pernah bertanya. 3 dah bank in dan pos jadi tinggal lagi dua.





Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"
~pisaubelantara~

Friday 9 March 2012

Pisau sebagai teman?

Salam dan selamat sejahtera,
Ada pembeli tanya, "Dah selalu jual pisau banyak-banyak ni, pisau apa encik guna/bawa?". Mungkin untuk sesetengah orang, menceritakan apa yang kita guna/bawa seperti mendedahkan senjata kepada pihak lawan.
 Tapi untuk saya, pisau adalah teman baik saya sejak kecil. Zaman budak-budak saya bukan di taman permainan, tapi di kebun getah yang penuh semak-samun, hutan bemban, hutan yang setaraf umur 5~10 tahun masuk sorang-sorang. Bermula dengan pisau sekupang/seposen dan terebay/lastik/slingshot tergantung dileher, redah semak cari "makanan" konon-konon nasi dan lauk kat rumah tak cukup..cari burung-burung yang kurang bernasib baik. Mana yang kena, cepat-cepat sembelih dengan pisau sekupang, bersiang/lapah dan bakar agak-agak masak dan baham macam singa lapar. Nasib baik masa tu tak ada selsema burung, kalau tidak tak berjumpalah kita di dalam blog ini...hahah
Masa berlalu dengan cepat sekali, sekarang dah ada anak dan mereka langsung tak melalui kehidupan seperti yang saya sebutkan tadi.
Berbalik kepada pisau sebagai teman, biasanya pisau yang saya bawa bergantung kepada aktiviti pada hari tersebut. Memandangkan kerja saya seharian bukanlah kerja berat yang memerlukan pisau/alat yang besar, saya cuma bawa Leatherman MICRA.
 Kadang-kadang isteri seperti risau dan tidak faham kenapa perlu dibawa Leatherman MICRA semasa membawa keluarga berjalan-jalan. Kebetulan soalan ditanya semasa anak saya yang paling kecil sedang terkial-kial berdiri di atas kerusi untuk menyedut straw yang panjang. Lantas saya buka MICRA dan gunting straw menjadi pendek. Seterusnya dengan cepat saya tutup kembali MICRA, cium pada handle nya dan simpan kemas ke dalam poket. Anak saya sangat seronok sebab straw pendek mudah diminum, manakala isteri pula mencebih mulut sambil berkata "huh, belagak!". Saya cuma tersenyum, semua soalan dan kerisauan isteri terjawab di depan mata....heheh.

Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Wednesday 7 March 2012

Gerber Radius Bagak RM220



Hari ini sampai tiga unit Gerber Radius (BARU) dalam kotak plastik. Kawan saya kat US cakap, dari segi saiz berbanding Leatherman, multitools ini lain dari biasa, saiznya besar. Handle/pemegangnya disaluti getah lembut memberi keselesaan kepada tangan si pemakai. Saiz pemegangnya yang besar dapat menyalurkan semua kekuatan tangan semasa mencengkam playar.

Pembungkusan dan pos, tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Saturday 3 March 2012

Lampu Suluh Pinang Tunggal

Bila berada di kawasan yang gelap, alangkah leganya jika anda ada lampu suluh. Ia sepatutnya menjadi satu alat yang perlu ada pada setiap orang lebih-lebih lagi jika ianya kecil dan mudah dibawa.

Saya jumpa dan beli satu lampu suluh LED buatan China dekat pasar malam Pinang Tunggal. Jauh dan dekat boleh dilaraskan. Sangat terang dengan cahaya putih. Untuk saiz kecil, sangat terang dan boleh suluh jarak jauh berbaloilah beli satu dan simpan dalam kereta atau rumah. Nanti saya masukkan gambar.


 "Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~

Leatherman BLAST RM230

Hari ini pisau Gerber Scout dah habis. Leatherman BLAST tinggal satu lagi.Biasanya kalau tool dan sheath (Beg pinggang) baru berharga RM250. Untuk kali ini Leatherman BLAST baru bersama sheath terpakai berharga RM230.

 

 Pembungkusan dan pos tambah lagi RM10.
Tak kena dengan citarasa anda? Sila call/SMS/Email saya.
Siapa tahu mungkin saya dapat membantu.
"Apa ertinya kualiti jika mahal sampai tak boleh dibeli"

~pisaubelantara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...